Propa Ke Tak? Rupanya Tak Semua Orang Perlu Tidur 8 Jam

Tidur adalah benda penting dalam hidup. Sebab kalau tidur kita terganggu, mesti keesokkan harinya kita dah tak boleh fokus untuk lakukan pekerjaan sebab badan terlalu penat.

Mungkin anda dah pernah dengar orang cakap kita kena tidur lapan jam sehari demi tubuh yang sihat. Tapi ada pula kajian lain yang cakap tak semua orang kena tidur lapan jam sehari. Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC) mereka yang berusia 18-60 tahun kena tidur selama 7 jam atau lebih di malam hari.

via GIPHY

Kurang tidur dikaitkan dengan penyakit kronik macam diabetes, penyakit jantung, dan depresi. Bukan itu sahaja, bila dah kurang tidur mulalah kita mengalami kemalangan waktu tengah memandu atau kena marah dengan bos sebab buat salah dekat tempat kerja.

Tapi pernah tak anda jumpa orang yang tidur kurang dari tujuh jam tapi segar semacam? Sebenarnya ada penjelasan ilmiah tau kenapa mereka semua boleh aktif walaupun jam tidur mereka tak cukup.

via GIPHY

Kajian yang dilakukan oleh profesor neurologi di University of California mengatakan ada kaitan jam tidur dengan ritme sirkadian.

Apa pula ritme sirkadian ni? Ia adalah sistem dalaman tubuh yang disebut jam biologi yang mengatur waktu tidur, suhu badan, pencernaan serta fungsi lain pada badan.

Jam biologi setiap orang berbeza. Jadi, ia menjelaskan kenapa ada orang yang boleh bangun awal pagi dan ada pula yang baru rasa segar lepas tidur lapan jam.

via GIPHY

Mutasi genetik

Dr Louis Ptacek dan rakannya Ying-Hui Fu adalah pelopor yang mengkaji genetik tidur. Sekitar 10 tahun yang lalu, Fu menemui mutasi genetik yang memang akan tidur dalam jangka masa pendek secara semulajadi. Golongan ini hanya tidur selama empat hingga enam jam sehari.

Mereka yang memiliki waktu tidur yang pendek biasanya lebih energetik, optimis, dan memiliki toleransi yang lebih tinggi terhadap rasa sakit.

via GIPHY

Sebelum tidur, anda digalakkan untuk membersihkan diri terlebih dahulu supaya anda lebih selesa untuk tidur. Cucilah muka dengan Aqua Moist untuk dapatkan kulit wajah yang lembap. Superdeals dengan buat promotion tau. Jangan lupa borong.

Selamat mencuba!

 

 

 

 

 

Sumber: Kompas

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna