Priyanka Chopra & Nick Jonas Kahwin Di Istana Mewah!

Pelakon terkenal Bollywood, Priyanka Chopra mengahwini penyanyi kelahiran Amerika Syarikat, Nick Jonas, semalam dalam majlis dijalankan mengikut fahaman Kristian.

Sumber: twitter nick jonas

Menurut majalah People, majlis tersebut dihadiri keluarga dan rakan rapat di salah satu istana paling mewah di India dan akan berkahwin mengikut adat tradisi Hindu hari ini.

Malah, resepsi perkahwinan yang akanmengikut tradisi Hindi akan diadakan di New Delhi pada minggu depan dan majlis tersebut dirasmikan oleh bapa pengantin lelaki iaitu Paul Kevin Jonas.

Sumber: instagram nick jonas

Pasangan pengantin dan tetamu majlis perkahwinan memakai pakaian yang direka Ralph Lauran, kata jenama berkenaan dalam akaun Twitter mereka.

Untuk bacaan lebih lanjut, anda boleh baca di sini.

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna