Prestasi Kerja Terjejas Akibat Kesihatan Mental Berpunca Dari Tempat Kerja

Ramai yang masih salah faham tentang penyakit mental kerana ada yang menyamakan ia dengan keadaan seseorang itu kurang waras dan yang lebih teruk terdapat segolongan besar gagal untuk mengenali tanda dan simptom penyakit tersebut. Kemurungan, rasa bimbang yang melampau, gangguan bipolar dan skizofrenia adalah kumpulan penyakit mental yang sering dialami oleh masyarakat Malaysia pada masa kini.

Mengikut statistik tinjauan yang dilakukan oleh Mordibiti Kebangsaan menjelang sahaja tahu 2020 kemungkinan besar penyakit mental akan menjadi kesihatan kedua terbesar yang berbahaya kepada rakyat selepas penyakit jantung. Ini kerana mengikut kiraan daripada 10 pesakit akan ada 3 di antaranya yang berumur 16 tahun ke atas akan mengalami pelbagai masalah kesihatan mental.

Related image

Sumber: moneycrasher

Wanita Lebih Mudah Mengalami Gangguan Mental

Perasaan tak sering kali gangguan mental ini akan dialami oleh wanita berbanding lelaki yang mula berpunca daripada pelbagai tekanan antaranya adalah tekanan di tempat kerja atau bebanan wang. Tidak hairanlah jika sebelum ini kita selalu dengar berita-berita tentang kes bunuh diri yang kebanyakannya terdiri daripada kaum wanita akibat kemurungan yang melampau.

Menurut Doktor Sulaiman, seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia, kesihatan mental di tempat kerja adalah sesuatu perkara yang perlu diambil peduli dan tidak patut dibiarkan ianya berlaku kerana mungkin keadaan pekerja tersebut akan lebih teruk. Bukan itu sahaja, kebanyakan pesakit mental sering berasa malu untuk mendapatkan rawatan dan merasakan bahawa mereka tidak sakit.

Jadi kebanyakan daripada mereka akan bertindak untuk menyimpan masalah tersebut seorang diri, tidak mahu berkongsi dengan keluarga mahupun rakan sehingga akhirnya ia sukar dikawal dan memberi kesan kepada pretasi kerja. Mungkin keadaan bertambah kritikal apabila ia mampu mencecah tahap dimana anda boleh mencederakan diri sendiri.

Image result for stress working

Sumber: business insider

 

Majikan Tidak Patut Mengabaikan Masalah Kesihatan Mental Pekerja

Faktor utama mengapa sesetengah pekerja berasa murung dan mengalami tekanan yang melampau adalah kerana mempunyai persekitaran negatif di tempat kerja. Perkara ini akan menganggu dan mendatangkan penyakit fizikal termasuklah mental dan memberi kesan kepada tingkah laku seseorang pekerja.

Kebarangkalian untuk pekerja mengalami masalah mental yang teruk apabila majikan tidak mengambil berat tentang kebajikan dan mementingkan persekitaran yang positif di tempat kerja. Bukan prestasi kerja menurun malah kesihatan mental juga akan meningkat, secara tidak langsung ia mampu membunuh tenaga kerja yang produktif dan merugikan organisasi.

Jadi penting pihak majikan untuk mengambil langkah dan tahu tentang faktor tekanan kerja dalam menjaga kesihatan pekerja kerana ia dapat mengurangkan kes penyakit mental dan ia adalah satu pelaburan jangka panjang yang baik untuk pihak majikan. Bila pekerja happy, bermakna persekitaran di tempat kerja mereka adalah sihat.

Dalam masa sama, pekerja juga perlu bijak dengan mengatur jadual harian kerja agar segalanya berjalan mengikut apa yang dirancang. Bayangkan jika punca utama anda ditegur majikan adalah disebabkan kesilapan diri sendiri, haa, dalam kes ini mungkin anda perlu semak semula kualiti kerja yang diberikan.

Cuba latih diri menjadi lebih profesional dengan mengasingkan di antara hal peribadi juga hal kerja agar kerja yang dihasilkan lebih produktif. Jauhkan diri daripada anasir-anasir negatif yang ada di tempat kerja dan fokus kepada aura positif.

Segalanya bermula daripada diri anda dan sedar atau tidak anda yang mencorak gaya hidup anda sendiri. Jangan biarkan hal di tempat kerja menjadi bebanan minda yang akhirnya memberi kesan di masa hadapan.

 

 

 

 

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini:

Jangan Kecoh! Demi Anak Tolong Hentikan Semua Ini Sharnaaz Ahmad Redha Dengan Penceraian

 

 

 

 

 

Sumber: cernaminda

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna