“Power Nap” Bukan Punca Kuat Tidur & Malas

Mungkin ada di antara pembaca Donna pernah mengalami rasa mengantuk yang teramat ketika di pejabat atau menguruskan kerja-kerja rumah. Kadang tu, dah minum air kopi pun masih lagi rasa mengantuk. Kalau tidur sekejap nanti, takut ada yang menganggap kita ni kuat tidur dan pemalas pula.

Walau bagaimanapun, tidak ramai yang mengetahui bahawa tidur sebentar pada waktu siang merupakan suatu amalan harian yang telah dipraktikkan oleh masyarakat di negara-negara Barat mahupun umat Islam sejak dahulu. Hal ini kerana dapat menyegarkan badan dan minda yang juga dipanggil sebagai power nap.

Sumber: internet

Untuk mengukuhkan lagi kenyataan di atas, Donna terbaca di sebuah laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengatakan terdapat beberapa manfaat jika kita tidur selama 20 minit pada waktu siang. Antara manfaatnya adalah…

  1. Menambahbaikan mood
  2. Meningkatkan tenaga
  3. Meredakan stres
  4. Menajamkan ingatan
  5. Meningkatkan prestasi kerja
  6. Membantu menjadi efektif
  7. Membuat anda lebih bersedia dengan keadaan sekeliling

Untuk dapatkan tidur sebentar yang lebih lena, anda boleh memasang lagu yang mempunyai melodi lembut dan aman. Jika masih rasa letih dan mengantuk selepas power nap, tak lain tak bukan anda sebenarnya tidak cukup tidur pada waktu malam.

Kepada yang masih tidak tahu, power nap sangat efektif jika dilakukan pada waktu siang jam 1.00 – 2.00 petang dan kalau anda tertidur melebihi waktu, jangan salah Donna ye! Ihiks.

 

 

 

 

Sumber: KKM

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna