‘Potrait Gala In London’, Kate Middleton Pakai ‘Dress’ Yang Sama Pada 3 Tahun Lepas

Bila sebut saja kehidupan kerabat diraja, apa yang dalam fikirkan kita tidak lain tak bukan kalau hidup dalam kemewahan, serba-serbi lengkap. Bagi wanita, pasti membayangkan almari besar yang dipenuhi dengan pelbagai jenis pakaian, kasut dan juga tas tangan! Wah! memang idaman setiap wanita, hari-hari baju baru.

Namun lain pula terjadi bila salah seorang kerabat diraja dari negara British iaitu Kate Middleton, isteri kepada Putera William dilihat menyarungkan corak dan reka bentuk gaun yang sama seperti 3 tahun lepas ketika menghadiri majlis gilang-gemilang Potrait Gala In London pada malam 12 Mac lalu.

Sumber: Vogue

Menurut laporan Vogue World, gaun tersebut pernah dilihat pada malam British Academy Film Awards 2017. Corak dan reka bentuk gaun yang disarungkan pada tubuh Kate pada malam itu hasil tangan dari Alexander McQueen bewarna hitam, bercorakkan bunga ros dan ropol bertingkat-tingkat.

Cuma terdapat sedikit perbezaan pada bahagian atas di mana gaun yang sama pada tahun 2017 tidak mempunyai lengan tetapi, pada 2019 gaun tersebut di reka mempunyai lengan pendek. Perincian yang lain semuanya sama!

Sumber: Vogue

Walaupun ada sedikit perbezaan, gaun tersebut tetap kelihatan versatile bila Kate menggayakan dengan berhiaskan sepasang anting-anting berlian dan cincin pertunangannya di jari.

Sumber: Tim Rooke

Menurut laporan Vogue World, malam Potrait Gala In London yang berlangsung di England itu dihadiri dengan barisan artis yang terkenal seperti, Kate Moss, Victoria, David Beckham dan ramai lagi. Wah! Bukan calang-calang yang pergi tu.

Fesyen Kate sememangnya menjadi tarikan ramai sejak dari dulu lagi. Bukan senang jadi kerabat raja tau. Pakai baju yang sama dua kali pun boleh jadi isu. Hiks!

 

 

 

 

Sumber: Vogue

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna