Potong Betul La… Tangan Bau Kari Masa ‘Bersama’!

Sebelum melakukan hubungan intim dengan pasangan adakah anda akan belek tubuh anda dari atas hingga bawah terlebih dahulu?”

Dalam perhubungan yang baru sahaja bermula, boleh jadi setiap pasangan akan menjadi sangat peka untuk menjaga keterampilan sebelum beraksi dengan pasangan. Bulu-bulu manja pasti ditrim rapi, rambut berbau harum, kuku dipotong bersih dan mulut bernafas segar. Namun, selepas bulan berganti tahun, amalan atau rutin sebegitu pasti tidak lagi diamalkan, kononnya pasangan sudah tahu segala buruk baik anda. Apabila rasa ingin melakukan hubungan seks, main redah sahaja ‘menggaul’ pasangan walhal badan dalam keadaan tidak bersih, ketiak berbau bawang, mulut bernafas asap rokok dan kaki seperti bau sotong kering. Ops! memang potong la kalau ada bau-bauan kurang enak. Seks yang sepatutnya berlangsung dalam suasana yang mendamaikan, romantik serta menyeronokkan akan berubah kepada aktiviti ‘seks kilat’ yang sangat pantas berlalu. Bau adalah perkara yang boleh menyebabkan hubungan intim mengalami kegagalan. Meskipun ada yang mengatakan bau badan yang tidak menyenangkan perkara remeh yang tidak perlu diperbesarkan, ia sebenarnya antara penyumbang kepada masalah seksual suami isteri.

Sumber Foto: meetdoctor

Antara bau yang perlu setiap pasangan ambil berat sebelum melakukan hubungan seks seperti:

  • Bau Badan Tengik

Ada individu yang langsung tidak menyedari dirinya sering mengeluarkan bau badan yang tidak menyenangkan orang sekeliling. Maka, rajin-rajin bertanya kepada orang yang rapat dengan anda seperti pasangan sendiri, kawan karib atau adik-beradik, adakah badan anda berbau kurang enak.  Jika mendapati badan sering mengeluarkan bau yang amat mengganggu hidung, anda perlu lakukan sesuatu untuk membendungnya. Perkara utama yang boleh anda lakukan adalah menjaga kebersihan diri, kerap mandi, ganti pakaian bersih dan mengamalkan gaya atau pemakanan sihat. Jika ingin ‘bersama ‘ pasangan, seelok-eloknya mandi terlebih dahulu kemudian semburlah wangian untuk bau lebih menyenangkan. Jangan lupa sental leher, cuping telinga dan pelipat badan. Ini juga penting, bersihkan jangan sampai ada daki atau cebisan kulit mati padanya kerana pasangan anda akan memulakan adegan intimnya di bahagian ini untuk merangsang ghairah anda.

  • Alat Sulit Berbau

Alat sulit adalah senjata penting yang perlu dipersiapkan sebelum melakukan hubungan seks. Alat sulit wanita memang memiliki bau yang tersendiri, tidak perlu mengharumkan ‘miss v‘ dengan pewangi kerana takut dijangkiti kuman. Tetapi jika bau miss v itu hanyir dan meloyakan ia bermakna alat sulit mengalami penyakit keputihan, gatal-gatal dan bengkak di sekitar faraj. Bagi pasangan suami isteri, bersihkan alat sulit terlebih dahulu sebelum melakukan hubungan intim bagi mengelakkan bakteria. Jangan terus tidur selepas melakukan hubungan intim, sebaiknya basuh dulu alat sulit selepas hubungan.

  • Rambut Berbau Kepam

Sumber Foto: 123rf

Ramai wanita tidak tahu hal yang ini. Bau rambut yang wangi adalah subjek yang boleh menyebabkan ngairah si lelaki mudah hadir. Oleh itu, pastikan sebelum masuk tidur, rambut anda bebas daripada bau masam atau kepam. Amalkan syampu rambut dengan kerap dan pupurkan dengan serum yang berbau menyenangkan lebih-lebih lagi buat wanita yang bertudung. Untuk lelaki, walaupun anda mungkin tidak mempunyai rambut atau memiliki potongan rambut yang pendek pastikan kulit kepala dan rambut tetap berbau harum juga tau.

  • Kaki Bau Cagu

Ini juga salah satu perkara yang perlu diberi perhatian oleh pasangan. Janganlah lepas balik dari kerja, lemparkan kasut dan sarung kaki, terus memeluk pasangan anda di atas katil dengan bau kaki yang tidak menyenangkan. Basuh dan bersihkan kaki terlebih dahulu. Jika anda memang mengalami masalah bau kaki, cuba dapatkan bantuan produk penjagaan kaki atau petua yang boleh mengurangkan bau kurang menyenangkan itu.

  • Nafas Busuk

Nafas berbau disebabkan anda tidak menjaga kebersihan mulut dengan baik. Gosok gigi, berkumur atau hisap gula-gula berangin sebelum anda bercumbu supaaya pasangan tidak terasa mual dengan bau mulut anda. Jika anda seorang perokok, pastikan anda tidak merokok 15 minit sebelum melakukan seks.

  • Ketiak Hapak

Sumber Foto: Google Image

Sama ada ketiak berbau hapak,  tengik, masam, atau perit ia adalah bau semula jadi yang dihasilkan oleh badan. Ada juga pasangan yang gemar dengan bau ketiak pasangan masing-masing dan menjadikan ia satu kemuncak kepada keghairahan. Namun sekiranya bau ketiak menjejaskan aktiviti malam hari tolong lakukan sesuatu sebelum pasangan beranggap hubungan seks adalah sesuatu yang tidak menyeronokkan langsung. Sebelum beraksi pastikan anda menyetal bawah lengan dengan sabun, menggunakan pewangi ketiak, mahupun mencari petua yang boleh menghilangkan bauan tersebut. Apa pun mandi selalu juga boleh membuatkan bau berkenaan semakin berkurangan.

  • Kuku Bersih

Pastikan kuku dan tangan anda sentiasa bersih. Selepas makan atau memasak, pastikan tangan bebas bau bawang, belacan atau warna kunyit. Boleh potong mood juga, sedang enak membelai tangan pasangan lalu di bawa ke muka untuk dicium tiba-tiba tangan bau kari. Aduh!

 

Sumber: tribunnews.com

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna