Posisi Tidur Terlentang Sebabkan Risiko Dua Kali Ganda Bayi Meninggal Dalam Kandungan?

“Bestnya tengok hubby tidur dengan lena…”

Haa bila dah masuk trimester hamil ni mesti sukar nak cari posisi tidur yang selesa kan? Waktu malam je mesti sering terjaga dan melihat pasangan tidur dengan lena sampai timbul rasa cemburu dibuatnya. Kadang-kadang pelbagai cara anda lakukan untuk dapatkan tidur yang lena, tapi anda perlu tahu bahawa posisi terlentang adalah posisi yang anda harus elakkan.

Related image

Sumber: hellosehat

Bayi Maut Dalam Kandungan?

Menurut Persatuan Kesihatan Dunia, stillbirth adalah berbeza daripada keguguran kerana bayi yang dilahirkan tiada tanda bernyawa pada tahap minggu ke 28 kehamilan. Keguguran pula kebiasaanya akan berlaku pada bayi berusia sebelum 20 minggu kehamilan. Posisi tidur terlentang mempunyai dua kali ganda risiko bayi meninggal dalam kandungan.

Ini kerana ibu hamil yang tidur mengiring mempunyai risiko yang rendah sebanyak 2.3 peratus berbanding tidur dalam posisi terlentang. Selain itu risiko bayi meninggal dalam perut akan meningkat sekiranya bakal ibu mempunyai waktu tidur kurang daripada lima jam.

Image result for bayi tidak aktif dalam kandungan

Sumber: sehat

Ritma Jantung Bayi Kurang Aktif 

Posisi terlentang menyebabkan kadar ritma jantung bayi menjadi kurang aktif. Malah terdapat satu penemuan bahawa apabila keadaan ibu baring terlentang berat bayi akan menekan saluran darah ke uterus.

Saluran darah ke uterus amat penting kerana ia bukan sahaja bertindak untuk memberi oksigen kepada bayi malah ia akan membekal ‘makanan’ buat bayi.

Yang sebenarnya bukan tak boleh tidur secara terlentang, tapi ada risikonya dan kalau boleh elak, elakkan lah ye..

Jadi para suami, jangan tidur tak ingat bini hiks! Kesian mereka, tugas anda untuk mengingatkan isteri tentang posisi tidur yang harus dielak. Buat bakal ibu, hati-hati ye lepas ni!

 

Baca juga:

Mak-Mak Kena Tahu Bahaya Jika Bayi Terlalu Kerap Hisap Jari

 

 

 

 

Sumber: dailymail

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna