Port ‘Hiking’ Di Tengah Kota Yang Ramai Tak Tahu

Biarpun Bukit Gasing tidak setinggi mana tetapi trek laluannya yang berliku dan agak curam serta mencabar terutama individu yang ingin berjinak-jinak dalam dunia hiking.”

Aktiviti mendaki kini menjadi antara aktiviti riadah yang menjadi kegemaran ramai. Mendaki boleh dianggap sebagai aktiviti yang ekstrem kerana ia memerlukan stamina fizikal dan mental yang kuat, namun ia bukan penghalang kepada penggemarnya dan buat yang baru berjinak-jinak untuk sertai terutama wanita. Dek kepopularan aktiviti berkenaan, beberapa tahun kebelakangan ini, mendaki dikatakan telah menjadi trend wajib bagi setiap orang untuk meluangkan masa mengisi masa lapang yang ada. Penyertaan wanita terutamanya dalam aktiviti sebegini, wajar diberi pujian kerana bukan mudah untuk mereka melakukan aktiviti ini jika tiada minat yang mendalam dan kesungguhan yang tinggi. Selain menguji ketahanan mental dan fizikal, aktiviti mendaki sebenarnya memberi peluang kepada pendaki melihat keindahan flora dan fauna.

Sumber Foto: youtube.com 

Buat anda yang tinggal berdekatan ibu kota Kuala Lumpur, anda masih boleh meneruskan aktiviti hiking tanpa perlu memandu jauh ke luar kawasan. Salah satu kawasan hutan yang masih kekal di tengah-tengah ibu kota untuk aktiviti mendaki ialah Taman Pendidikan Bukit Gasing. Terletak di sempadan Petaling Jaya dan Kuala Lumpur, keaslian hutan seluas sekitar 52 hektar dengan ketinggian kira-kira 164 meter ini juga antara lokasi pilihan pelbagai peringkat usia melakukan aktiviti sihat serta kecerdasan tubuh.

Bukit yang diselaputi hutan tropika ini dikelilingi taman perumahan dan tidak pernah sunyi terutama pada awal pagi. Namun perlu diingat pengunjung perlu bekerjasama dan tidak boleh sesuka hati meletakkan kenderaan di bahu-bahu jalan atau di depan rumah penduduk berikutan ruang parkir yang agak terhad. Biarpun tersepit di antara kawasan perumahan di sekitarnya, destinasi ini tetap menjadi tarikan kepada warga kota yang mahu mencari kedamaian dan ketenangan. Ia masih terpelihara dengan keaslian flora dan fauna di sekitarnya.

Sumber Foto: sungaisiput.blogspot

Malah, setiap kali menjelang hujung minggu, bukit ini mula dimasuki pencinta alam semula jadi seawal jam 4 pagi hingga menjadi sesak. Tidak kira tua, muda, kecil dan besar masing-masing kelihatan bersemangat untuk memulakan pendakian. Ketika melangkah masuk ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, pengunjung akan disambut dengan bunyi-bunyian unggas yang seakan-akan menggamit mereka untuk terus meneroka ke dalamnya. Biarpun Hutan Pendidikan Bukit Gasing tidak setinggi mana tetapi trek laluannya yang berliku dan agak curam serta mencabar terutama individu yang ingin berjinak-jinak dalam dunia hiking.

Sumber Foto: drasridin.blogspot

Menurut mereka yang berpengalaman dengan Hutan Pendidikan Bukit Gasing ini, terdapat beberapa laluan yang boleh dipilih bergantung tahap keupayaan masing-masing. Ada laluan yang mencabar, ada juga yang mudah dengan setiap satunya menjanjikan cabaran yang berbeza sama ada yang baru pertama kali mencuba atau yang mempunyai stamina yang tinggi. Anda berpeluang menikmati keindahan alam flora dan fauna melalui trek-trek yang disediakan. Apa yang pasti setelah penat berjalan, kepuasan pasti dirasai sebaik sahaja menjejakkan kaki di puncak Hutan Pendidikan Bukit Gasing. Anda berpeluang menjamu mata dengan panorama indah bangunan pencakar langit di sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

 

TIP & PANDUAN

  • Jangan mulakan pendakian jika waktu sunyi dan tiada orang.
  • Jangan melalui trail yang jarang orang lalu jika berseorangan dan lewat petang atau lewat tengahari. Ia sebagai langkah keselamatan kerana tidak ada pegawai keselamatan yang ditugaskan di kawasan ini.
  • Biasanya waktu paling ramai orang adalah sekitar jam 6 pagi hingga 9 pagi dan 4 petang hingga 6.30 petang.
  • Bawa air yang mencukupi dan tongkat jika perlu.
  • Guna Insect Repellent untuk mencegah nyamuk menggigit anda.
  • Cuba elakkan laluan yang telah ditutup. Pasti ada sebab tertentu kawasan tersebut ditutup pihak berkuasa.
  • Terdapat kemudahan tandas awam berdekatan dengan kawasan parkir jika anda memerlukan ‘waktu kecemasan’ melepaskan hajat.

 

 

 

 

Sumber: star2.com

Sumber Featured Image: sungaisiput blogspot

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna