Popia Sardin Berkeju Buka Selera Ketika Sahur

Cepat je masa berlalu, kita sudah pun berada di hujung bulan Ramadan. Resepi kali ini pasti disukai oleh anak anda kerana terdapat keju yang meleleh apabila anda menikmatinya. Yums! Jika sebelum ini sardin dimakan bersama-sama nasi atau dibuat sandwich, kali ini sedikit kelainan kita berikan apabila sardin ini dijadikan inti untuk popia.

Jom lihat resepinya di bawah:

Bahan-bahan

1 Paket Sardin D’Heritage

2 Biji bawang merah, dikisar

2 Ulas  bawang putih, dikisar

1 Sudu kecil Nang Ori Lada Hitam  

1 Sudu kecil Nang Ori Lada Putih

Keju diparut

Kulit popia

Garam secukup rasa

 

Cara penyediaan

 

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau dan masukkan sardin. Letakkan inti sardin dan keju parut di atas kulit popia. Gulung dan gunakan putih telur atau campuran tepung untuk dijadikan sebagai gam pada kulit popia. Goreng sehingga warna keemasan dan sedia untuk dimakan.

Gulung-gulung dan goreng, haa mudah je kan! Untuk anda dapatkan bahan-bahan di atas, silalah berkunjung ke mana-mana pasaraya Giant yang berdekatan di kawasan rumah anda. Selamat mencuba!

Nak lagi banyak resepi menarik untuk bersahur, klik di bawah ini:

Wow! Turun 5kg Hanya Dengan Sarapan Mufin Telur

Lambat Bangun Sahur? Sediakan Menu Pantas Ini

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna