Polis Serbu Pusat Hiburan Ingkar PKPP!

Minggu ini kita digemparkan dengan isu kes baru wabak COVID-19 yang semakin meningkat. Peningkatan jumlah ini adalah disebabkan segelintir rakyat Malaysia mengambil enteng dengan arahan yang dikeluarkan.

Mungkin mereka berada di tahap selesa dan leka dengan angka yang sebelum ini semakin menurun, tapi mereka silap. Lihatlah apa yang terjadi pada graf yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sumber: twitterkkm

310 pengunjung diserbu!

Belum lagi reda sepenuhnya, baru-baru ini satu serbuan berjaya dilakukan pada malam 24 Julai sehingga awal pagi 25 Julai dalam operasi pemantauan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sebuah pusat hiburan di Mutiara Damansara kerana didapari tidak mematuhi arahan PKPP.

Dalam operasi tersebut, polis berjaya menahan 310 pengunjung yang terdiri daripada 200 orang lelaki dan 110 orang perempuan berusia lingkungan 20 tahun hingga 30 tahun sedang berkumpul dan telah melakukan kesalahan di bawah peraturan 11(1) pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit.

Sumber: twitter

Kesemua mereka yang berada di dalam premis tersebut telah dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 setiap satu.

Hm, pada waktu ini apakah satu kepentingan wajib untuk berseronok di luar? Tidak adakah perasan takut pada mereka dengan penularan wabak berbahaya COVID-19?

Marilah kita sama-sama berusaha dalam memutuskan rantaian COVID-19 dengan menjaga penjarakkan satu meter dan pakai pelitup muka.

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Hilang Kasih & Janji Setia! Gadis Ini Bersikap Curang Lepas Ditawar 20k

Tak Tahu Nak Ke Mana Waktu PKPP? Pergilah Muzium Supaya Umur Boleh Panjang

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: twitter

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna