“Polio Boleh Dicegah Bila…” – Langkah Kawalan Dari KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan dukacita ingin memaklumkan kejadian satu kes yang disahkan dijangkiti virus polio di Malaysia, setelah 27 tahun Malaysia bebas daripada penyakit tersebut,” – Kenyataan akhbar KKM.

Pada tahun 2000, World Health Organization, WHO telah mengumumkan bahawa negara Malaysia bebas dari penyakit polio. Malangnya selepas 19 tahun negara kita bebas dari virus merbahaya ini,  Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan satu kes polio telah dikenalpasti pada 8 Disember 2019.

Berita kurang menyenangkan ini tersebar apabila seorang bayi berusia 3 bulan di Tuaran, Sabah disahkan dijangkiti vaccine-derived poliovirus type 1 (VDPV1) pada 6 Disember 2019. Kini bayi tersebut telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di hospital dan berada dalam keadaan stabil tetapi masih memerlukan alat bantuan pernafasan.

Polio atau nama lainnya Poliomyelitis yang menjangkiti sistem saraf tunjang sekaligus mengakibatkan individu tersebut lumpuh kekal atau boleh menyebabkan maut dan lebih mengusarkan lagi virus ini tidak mempunyai penawar selain daripada mencegah dengan menyuntik vaksin pada tubuh badan.

Sumber: cariangoogle

Pesakit polio

Kemungkinan besar, virus ini boleh dijangkiti bayi, kanak-kanak dan orang tua kerana imunisasi badan mereka  rendah. Bagaimanapun, menurut KKM, virus ini dan penyakit berjangkit ini boleh dicegah bila liputan imunisasi lebih 95% terutamanya dalam kalangan kanak-kanak yang tercicir imunisasi.

Kepada yang ingin mengetahui lebih mendalam tentang virus ini, berikut adalah video individu yang pernah terkena virus ini. Dengarkan pengalaman beliau.

"LEGASI POLIOMYELITIS YANG MASIH ADA DI SINI" Manusia mudah lupa,Tapi sejarah tetap ada. Profesor Emeritus Dato' Dr. Sheikh Omar Abdul RAHMAN atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Sheikh adalah seorang penghidap penyakit polio. Generasi sekarang hanya dengar tentang polio dari bacaan, tapi Pak Sheikh adalah seorang yang dikira tidak bernasib baik pada zamannya. Sekarang, vaksinasi untuk polio telah dimasukkan ke dalam Program Imunisasi Kebangsaan yang diberikan secara percuma. Dan Malaysia termasuk dalam negara yang telah berjaya dalam usaha eradikasi polio. Hanya dua negara di seluruh dunia yang masih belum berjaya iaitu Afghanistan dan Pakistan.Jom, ikuti cerita Pak Sheikh.Kerana dari cerita orang lama, kita ambil pengajarannya. Jangan biarkan golongan antivaksin memusnahkan hasrat kerajaan untuk membasmi penyakit ini dari muka bumi. Meminjam kata-kata Pak Sheikh, You try your best, Let's Allah do the rest!#sokongimunisasikebangsaan#VaksinkanAnakAnda

Posted by Medical Mythbusters Malaysia on Sunday, April 28, 2019

Penjagaan yang lebih detail…

Walaupun kawasan anda belum lagi ada kes polio tapi harus berhati-hati kerana virus ini boleh tidak dijangka. Jadi, untuk langkah yang lebih berhati-hati, anda perlu menjaga kebersihan dengan lebih prihatin dan teliti. Caranya adalah…

  1. Basuh tangan dengan sabun dan air bersih selepas menggunakan tandas.
  2. Pastikan sanitari baik, gunakan tandas dengan sistem kumbahan yang baik.
  3. Memakan hidangan bufet sebaik sahaja dihidang.
  4. Elakkan makan makanan berbungkus yang dijual di tepi jalan.
  5. Makan makanan yang tidak memerlukan banyak pengendalian. Kupas kulit buah-buahan. Elakkan salad atau ulam-ulaman (Sayuran yang tidak dimasak).
  6. Didihkan air minuman atau minum air yang dibotolkan atau air berkarbonat. (pastikan pembalut penutup botol tidak rosak).

Mungkin ada yang merasakan penjagaan penelitian ini leceh dan sukar tapi ingatlah, kesihatan bukan boleh dibeli di pasar. Sebaiknya, mencegah lebih baik dengan cara menyuntik vaksin.

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Kes Dera & Anak Tidak Vaksin Membimbangkan, Mak Bapak Sekarang Tak Pandai Jaga Anak?

Selepas 27 Tahun Malaysia Bebas Polio, Kini Bayi 3 Bulan Dijangkiti Virus Ini

 

 

 

Sumber: KKM , facebook

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna