Pokok Petai Menangis, Percaya Boleh Tapi Jangan Taksub

Masyarakat Melayu memang terkenal dengan pantang larang serta amalan nenek moyang yang tersendiri. Ia diwarisi secara turun-temurun, dari generasi kepada generasi yang lain tanpa mengambil kira perspektif agama.

Sebagai contoh, kepercayaan ‘kenan’. Ketika mengandung, ibu mengandung dilarang untuk mengutuk muka orang  lain yang tidak disukainya kerana bimbang nanti terkenan pada anak. Walhal, perkataan tersebut hanyalah berbentuk verbal dan tiada kena mengena dengan genetik ibu dan ayah.

Sumber: internet

Antara kepercayaan melayu adalah:

  1. Dilarang duduk atas bantal, nanti bisul. Sebenarnya, tak sopan kalau duduk atas bantal sebab bantal merupakan tempat letak kepala.
  2. Jangan menyanyi dengan di dapur, nanti dapat suami tua. Maksud tersiratnya tak nak kita leka masa menyanyi sampai masakan jadi hangus atau tangan tercedera ketika memotong.
  3. Wanita hamil jangan lalu bawah ampaian nanti dapat anak gagap. Hal ini kerana, bimbang wanita hamil tersadung dan menyebabkan keguguran atau kecederaan kandungan.

Dan banyak lagi kalau nak Donna senaraikan pantang larang melayu ni, yang pasti kepercayaan di atas adalah yang paling popular dalam kalangan masyarakat kita. Namun, baru-baru ini timbul satu lagi kepercayaan melayu moden bila terdapat pokok petai berusia 30 tahun setinggi 30 meter di Kampung Petani, Kota Bharu Kelantan yang dikatakan menangis kerana mengeluarkan air yang agak berbau, berwarna jernih seperi hujan renyai sejak Isnin lalu. Oleh kerana air terlalu banyak keluar, ramai penduduk menadah air dari pokok tersebut untuk dibuat ubat.

Sumber: mynewshub

Namun, apabila seorang Ahli Zoologi dari Universiti Malaysia Sabah menyiasat fenomena ini, mereka mengatakan ia disebabkan oleh serangga yang dikenali sebagai Cicada atau riang-riang yang kencing setelah menghisap lebihan air dari pokok tersebut! Allahu.. Siapa yang minum air ni kononnya nak mengubati penyakit, mesti rasa menyesal!

Sebaik sahaja tular berita ini, Mufti Kelantan Datuk Mohamed Shukri tampil untuk mengingatkan masyarakat negeri kelantan agar tidak terlalu taksub dengan kejadian aneh seperti pokok boleh merembes air kerana dibimbangi boleh terjerumus kepada syirik. Jika terlalu taksub sehingga percaya kejadian aneh mampu mendatangkan kebaikan atau menolak keburukan boleh dianggap syirik kecil atau syirik tersembunyi.

Ha, jangan main-main tau dengan hukum hakam agama! Yang sebenarnya bukan tidak boleh diikut kepercayaan nenek moyang kita, cuma mungkin anda perlu berpada-pada. Tiada salah kita ikut perkara yang baik, namun jika ianya jauh menyimpang dengan ajaran agama, anda sendiri mampu buat penilaian. Perkara seperti minum air mata petai ini melambangkan betapa lemahnya mentaliti sesetengah masyarakat kita. So, next time hati-hati okay?

 

 

 

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna