Pneumokokal Penyebab Kematian Tertinggi Si Kecil Berusia 5 Tahun Ke Bawah

Ia biasa ditemui dalam hidung dan tekak. Bakteria ini sangat mudah berjangkit apabila anda batuk, bersin, atau terkena rembesan pernafasan. Gejala jangkitan pneumokokus agak sama dengan selesema atau demam. Ini menyukarkan penyakit ini dikesan pada tahap yang lebih awal.”

Pneumokokal adalah jangkitan yang disebabkan oleh bakteria streptococcus pneumoniae yang juga dikenali sebagai pneumokokus. Ia boleh menyerang pelbagai bahagian tubuh, termasuk otak, paru-paru dan telinga dan menyebabkan penyakit yang serius. Secara umumnya, sesiapa sahaja boleh dijangkiti penyakit ini. Namun si kecil yang berusia bawah 5 tahun merupakan golongan tertinggi penyumbang penyakit ini. Usah memandang ringan akan penyakit ini kerana ia penyebab kematian tertinggi dalam kalangan kanak-kanak.

Pneumokokal yang paling lazim boleh bermula dengan:

Sumber Foto: health.insuresavvy.com.my

  • Demam & diikuti rasa sejuk,
  • Batuk
  • Sesak Nafas
  • Pernafasan Laju
  • Sakit Dada
  • Kelesuan

Sumber Foto: steemkr.com

Ia biasa ditemui dalam hidung dan tekak. Bakteria ini sangat mudah berjangkit apabila anda batuk, bersin, atau terkena rembesan pernafasan. Gejala jangkitan pneumokokus agak sama dengan selesema atau demam. Ini menyukarkan penyakit ini dikesan pada tahap yang lebih awal. Jika bakteria ini masuk ke dalam saluran darah, ia boleh menyebabkan bakteremia (jangkitan darah). Bakteremia boleh menyebabkan kejutan septik, satu keadaan yang boleh mengancam nyawa. Bakteria boleh menyerang selaput otak dan menyebabkan inflamasi yang dinamakan meningitis. Meningitis mengakibatkan kesan yang paling teruk. Risiko kematian atau kerosakan otak akibat jangkitan ini adalah lebih tinggi dalam kalangan kanak-kanak, terutama sekali yang berumur bawah lima tahun. Tanda-tanda meningitis termasuk pening kepala, muntah-muntah, sawan, demam panas dan dalam kes paling teruk, pesakit tidak sedarkan diri.

 

TOLONGLAH VAKSIN ANAK ANDA!

Sumber Foto: 123rf.com

Cara terbaik untuk melindungi keluarga anda daripada penyakit pneumokokal adalah melalui vaksinasi. Menurut WHO, jangkitan pneumokokal adalah punca kematian daripada penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin. Vaksinasi menentang penyakit pneumokokal invasif (IPD) adalah strategi penting untuk menyelamatkan nyawa dan mengurangkan morbiditi kerana ia boleh mencegah kanak-kanak daripada dijangkiti dan mengurangkan penularan bakteria.

Sumber Foto: google image

Suntikan vaksin Pneumococcal walaupun bukan satu suntikan wajib kepada anak-anak kecil, sebenarnya perlu kerana dapat menolong mencegah rangkaian jangkitan-jangkitan lain. Justeru, langkah ini dapat mengurangkan penyakit berkenaan daripada terus merebak secara berbahaya kepada komuniti lain. Kadangkala kita tidak tahu tahap keseriusan kanak-kanak yang mengalami demam atau batuk yang berpanjangan kerana kemungkinan besar adalah penyakit yang lebih berbahaya daripada yang disangkakan.

 

AMBIL LANGKAH PENCEGAHAN

Pengamalan tabiat kebersihan yang baik di rumah dan di pusat jagaan kanak-kanak boleh membantu membendung penyebaran penyakit ini. Melatih anak anda untuk membersih tangannya dengan teliti apabila tangan kotor adalah amalan yang baik selain menghindari perkongsian cawan, sudu dan garpu. Pusat jagaan kanak-kanak juga perlu memastikan kanak-kanak yang kurang sihat tidak menghadiri pusat jagaan kerana kanak-kanak adalah lebih cenderung untuk dijangkiti akibat pendedahan yang meningkat kepada bakteria.

 

————————————————————————————————————————————————————————————————————————————–

KES BENAR: Ibu Menyesal Tak Beri Vaksin Pneumococcal Kepada Anak Lebih Awal Hingga Meragut Nyawanya

Genap tujuh bulan Aqil Hamzah meninggalkan kami. Hidup tanpa Aqil Hamzah, pelbagai persoalan diajukan kepada kami. Bagaimana perasaan kami? Bagaimana kehidupan kami? “Tiada ayat yang mampu kami ucapkan untuk menggambarkan perasaan kami. Tapi kami bersyukur, Alhamdulillah, semakin hari kami dapat rasakan yang kami semakin baik. Betul, bila kita meredai sesuatu perkara, ujian daripada Allah, hati kita akan merasa tenang,” ujar Erina Asmawani.

Menurut Erina, dia dan suami tidak menyangka Aqil pergi secepat ini kerana anaknya seorang yang ceria dan aktif macam biasa. Mengimbau peristiwa itu, Aqil diserang demam hingga mencecah 38.3 darjah Celsius.

“Kami membawanya ke sebuah pusat perubatan swasta di Selangor. Doktor menjelaskan Aqil hanya demam dan tekaknya merah sikit. Selepas makan ubat demam dan selesema yang diberikan doktor, demam Aqil kebah tetapi dua hari selepas itu, dia diserang demam lagi,” ujarnya.

Erina mula khuatir dan segera membawa Aqil ke hospital dan suhu Aqil kali ini sangat tinggi iaitu 39.7 darjah Celsius. Selepas ujian darah dilakukan, doktor mengesahkan Aqil tiada jangkitan dan hanya diberikan antibiotik.

“Esoknya, Aqil tak demam tetapi kami perasan dia banyak merengek, tidak mahu minum susu dan kelihatan lemah. Saya dan suami bergilir-gilir cuba menidurkannya tetapi Aqil masih tidak mahu tidur. Kami membawanya semula ke hospital. Doktor yang merawat Aqil masa itu hairan kerana Aqil sebelum ini kelihatan aktif. Mereka membuat ujian ke atas Aqil dan mengesahkan kemungkinan ada pneumonia (jangkitan paru-paru). Tapi bukan pnuemonia biasa sebab kalau pnuemonia, sel darah tidak berkurang. Aqil kemudian dipasangkan tiub oksigen untuk membekalkan oksigen yang cukup ke dalam badannya,” ujar Erina sedih.

Keadaan Aqil lebih kritikal pada keesokannya dan anak kecil Erina terpaksa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) menaiki ambulans. Dengan perasaan sedih dan ketakutan dia memeluk Aqil.

“Air mata memang jadi peneman setia sepanjang di hospital. Tak sanggup tengok keadaan Aqil. Doa saya, cepat sembuh sayang, mama rindu nak tengok Aqil senyum. Doktor mendiagnosis Aqil menghidap Lobar Pneumonia akibat jangkitan Streptoccoccus, bakteria yang paling kuat. Pada 3 Mei pukul 5 petang, doktor memanggil saya dan suami lalu memberitahu yang Aqil boleh pergi bila-bila masa sahaja. Akhirnya kami reda dan melepaskan Aqil pergi,” katanya teresak-esak.

Peristiwa ini sudah pasti akan sentiasa kekal dalam ingatan Erina dan dia mahu setiap ibu bapa mempunyai kesedaran tentang penyakit pneumokokal (PnD). Nasihatnya, ibu bapa perlu menyedari kesan penyakit dan keperluan untuk mendapatkan vaksin dalam usaha melindungi anak-anak daripada bahaya PnD.

“Saya berkongsi cerita ini supaya ibu bapa dan semua pihak sedar tentang keperluan vaksin ini. Saya menyesal kerana pada awalnya, memang saya berniat untuk memberi vaksin ini pada Aqil. Malangnya, seorang jururawat di hospital berkenaan memberitahu saya bahawa vaksin ini tidak penting. Menyesal tiada gunanya, tetapi bagi anda mungkin boleh mengambil langkah pencegahan awal. Mungkin dengan memberi vaksin, anak anda boleh dirawat segera dan menyelamatkan nyawanya,” katanya.

Sumber Kes : Blog Erina Asmawani utusan.com.my myhealth.gov.my

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna