Plastik Pembunuh Senyap Alam Sekitar, Ini Tugas Anda Jika Sayangkan Bumi

Kegunaan plastik dalam kehidupan seharian kita bagai tidak dapat dipisahkan kerana ramai bergantung kepada penggunaan barangan plastik. Hal ini mungkin kerana kelebihannya tahan lama, kalis air, cantik dan murah menyebabkan ia sentiasa menjadi pilihan masyarakat selain membantu memudahkan banyak urusan harian mereka.

BACA: Foodgasm di Gamuda Garden Meningkatkan Kesedaran Alam Semulajadi

Di sebalik kelebihan plastik, ramai tak sedar plastik adalah musuh ‘senyap’ kepada manusia sehingga boleh ‘membunuh’ alam sekitar. Menurut sebuah portal, hanya sembilan peratus plastik dikitar semula daripada 6.3 bilion tan plastik yang dihasilkan di seluruh dunia sejak mula diperkenalkan pada tahun 1950-an.

Persoalannya, mana perginya lagi 91 peratus plastik yang tidak dikitar semula?

Sumber: organicvolunteers

Baru-baru ini tular sebuah video dari akaun @tictoc by Bloomberg yang menunjukkan sisa plastik yang banyak dimuatkan dalam beratus-ratus kontena di sebuah pelabuhan. Apa yang menyedihkan lagi, sisa plastik tersebut  sebenarnya bukan dari negara kita sendiri tapi dari negara luar yang dihantar masuk menggunakan lesen Permit Import (AP).

Kita sebagai rakyat Malaysia yang sayang dan cintakan negara ni, jom lakukan sesuatu untuk mengelakkan kehidupan lain terjamin. Antara alternatif yang boleh anda lakukan adalah…

  1. Bawa tote bag atau bag pakai buang jika pergi membeli barang basah atau ketika membeli belah.
  2. Beli penyedut minuman yang boleh digunakan semula.
  3. Bawa tumblr untuk top-up air bagi mengelakkan bekas cawan plastik digunakan
  4. Elakkan membuang plastik merata-rata tempat. Sebaiknya, kumpul sisa plastik untuk dikitar semula.

Jadilah masyarakat yang cuba mengurangkan penggunaan plastik sebagai tanda salah satu resolusi tahun baharu bagi mendidik diri sendiri menjadi pengguna bebas plastik.

 

 

 

Sumber: IKIM & twitter tictoc

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna