PKPP Diperketatkan! Kawasan Ini Dihadkan Pergerakan

Petang tadi baru saja Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat kenyataan lengkap tentang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang digubal bersama menteri berkenaan peningkatan kes baru wabak COVID-19.

Menurut beliau dalam siaran media tadi, disebabkan kes meningkat kerana ada segelintir individu yang tidak bertanggungjawab mulai hari ini PDRM akan mencari dan akan menangkap seramai 2697 individu yang belum lagi hadir untuk membuat saringan kedua COVID-19.

Sumber: sh

Hadkan pergerakan antara zon…

“Seperti kita tahu, di negeri Sarawak kes baru agak tinggi terutama di kawasan Kuching. Jadi, pihak kerajaan telah meluluskan permohonan kerajaan negeri Sarawak untuk menghadkan pergerakan perjalanan antara zon atau bahagian di Sarawak bermula 1 Ogos sehingga 14 Ogos 2020,” katanya.

Tambahnya lagi, terdapat dua zon iaitu zon 1 (zon merah dan kuning) kawasan Bandar Kuching, Serian dan Samarahan. Manakala, zon 2 (zon hijau) kawasan Sri Aman, Betong, Sarikei, Kapit, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang.

Sumber: bh

Kurangkan jumlah penerbangan…

“Jadi, jika terdapat mana-mana individu yang ingin bergerak di antara kawasan tersebut, haruslah mendapat kebenaran dari pihak PDRM dan pergerakan dalam zon adalah dibenarkan,” jelasnya.

Malah, pihak kerajaan Sarawak turut memutuskan untuk kurangkan jumlah penerbanagan dari semenanjung Sabah dan Labuan bermula dari 1 Ogos sehingga 14 Ogos ini.

Pada akhir sidang tersebut, beliau sempat memberi peringatan kepada orang ramai supaya patuh SOP sepanjang penularan COVID-19 ini kerana jika kes mencecah 3 digit, maka kemungkinan besar PKP akan dilaksanakan semula.

Ha guys, kalau tak nak kena kurung dekat rumah macam bulan Mac tempoh lalu, marilah kita sama-sama berusaha memutuskan ranataian ini. Kini belum menang but we almost there!

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Jangan Leka! Ini SOP Raya Aidiladha COVID-19

Polis Serbu Pusat Hiburan Ingkar PKPP!

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna