PKP Lanjut 2 Minggu Lagi Sehingga Awal Ramadan

Pertanyaan akhirnya terjawab apabila baru ini Perdana Menteri Malaysia mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan lagi dari 15 April sehingga 28 April 2020.

Eh, ini bermakna kita bakal menjalani PKP sehingga awal Ramadan nanti! Berdasarkan situasi terkini, pelaksanaan PKP telah dapat membantu para petugas kesihatan kita mengawal penularan COVID-19 ke satu tahap yang agak stabil. Menurut unjuran yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, PKP yang dilaksanakan dalam tempoh hampir sebulan yang lalu telah sedikit sebanyak mengurangkan kebolehjangkitan dan penularan COVID-19.

Lega mendengar penerangan daripada PM kita apabila kes-kes positif COVID-19 kini terkawal pada kadar 7%, iaitu di bawah benchmark 10% yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO. Kadar kematian akibat wabak ini juga adalah rendah, iaitu 1.6% berbanding 5.8% kadar kematian di peringkat dunia. Setakat ini seramai 1,830 orang pesakit telah keluar dari hospital. Ini bermakna 43% pesakit COVID-19 telah pulih.

Hari ini sahaja jumlah pesakit yang pulih ialah seramai 220 orang, melebihi jumlah kes positif baharu iaitu sebanyak 118 kes. Jumlah kes positif baharu juga telah menunjukkan penurunan sejak beberapa hari yang lalu. Jika trend penurunan ini berterusan untuk tempoh dua minggu akan datang, insyaAllah kita akan dapat mengawal wabak COVID-19 ini daripada menular.

Jangan ambil mudah!

Namun begitu girls, kita tidak boleh mengambil mudah situasi yang sedang berlaku. Penularan wabak ini masih di peringkat pertengahan dan memerlukan tindakan pencegahan serta kawalan yang berterusan. Malahan, usaha-usaha mencegah wabak ini mesti diperhebatkan lagi bagi memutuskan rantaian penularan jangkitan. Ini termasuk memberi tumpuan khusus kepada kumpulan-kumpulan sasar yang dikenalpasti menjadi punca penularan wabak ini.

Tindakkan ini dilakukan atas nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan pakar-pakar perubatan untuk  memberi ruang kepada petugas-petugas kesihatan memerangi penularan COVID-19, selain mengelakkan penularan semula wabak ini dalam masyarakat.

Ia juga adalah selaras dengan pandangan WHO yang menyarankan negara-negara supaya tidak menamatkan perintah kawalan pergerakan terlalu awal. Sepertimana yang berlaku di beberapa buah negara, penularan wabak ini meningkat semula apabila perintah kawalan pergerakan ditamatkan.

Bulan Ramadan akan menjelang tiba tidak lama lagi. Kita tidak boleh ke bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa, tidak boleh ke masjid untuk berterawih. Jadi berterawih lah di rumah bersama keluarga. Mungkin juga kita tidak boleh balik ke kampung seperti biasa. Walaupun sukar untuk kita bayangkan perkara ini, tetapi inilah kenyataan yang akan kita hadapi.

 

Baca juga:

Ramadan Ini Kita Tak Sendu! E-Bazar Dah Dilancarkan

Lanjut Atau Tidak: Bersediakah Kita Jika PKP Ditamatkan?

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna