PKP Lanjut 2 Minggu Lagi, Mungkin Tiada Raya Di Kampung!

Sehubungan itu, saya ingin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan yang dijangka berakhir pada 28 April 2020 akan dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi, iaitu sehingga 12 Mei 2020.”

Pengorbanan yang kita lakukan ini akhirnya sudah membuahkan hasil, kata Perdana Menteri Malaysia pada perutusan beliau seketika tadi. Fuh, lega mendengarnya namun apa yang pasti perjuangan masih belum selesai.

Penurunan yang banyak

Hari ini, kes-kes baharu COVID 19 telah berkurang dengan ketara. Daripada ratusan kes baharu setiap hari di awal perintah kawalan pergerakan dilaksanakan, Alhamdulillah pada hari ini kita bersyukur kerana kes-kes baharu telah menurun kepada puluhan kes sahaja. InsyaAllah, dengan usaha-usaha yang sedang giat dilakukan oleh para frontliners kita, dan disiplin anda semua mematuhi PKP, kita akan dapat mengurangkan lagi kes-kes baharu COVID 19 ke tahap yang paling minima, dan membendung sepenuhnya penularan wabak ini.

Kita juga bersyukur kerana jumlah pesakit COVID 19 yang telah sembuh meningkat dengan ketara. Seramai 3,542 pesakit COVID 19, atau 63.2 peratus daripada keseluruhan pesakit telah pun sembuh setakat ini. Saya harap dengan rawatan yang diberikan dan doa kita semua, lebih ramai pesakit COVID 19 akan sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti sediakala. Sekali lagi kita bersyukur kerana negara kita merupakan antara negara yang mencatatkan kadar kesembuhan yang tertinggi di dunia.

Sedikit kelonggaran

Dengan penurunan kes COVID 19 yang ketara ini, dan kita harap trend ini akan berterusan, kerajaan telah memutuskan untuk memberikan sedikit kelonggaran.

Pertamanya, pelajar-pelajar yang masih berada di kampus, yang mana di peringkat awal dahulu mereka tak dibenarkan pulang kerana keadaan masih belum menentu dan kita nak pastikan mereka selamat, insyaAllah boleh pulang ke rumah masing-masing sedikit masa lagi. Proses untuk membawa pelajar-pelajar ini pulang sedang dirancang oleh kerajaan dengan nasihat Kementerian Kesihatan.

Keduanya, bagi anda yang berada di kampung atau di tempat lain dan hendak balik semula ke rumah masing-masing, kerajaan sedang menimbang untuk memberikan kebenaran satu kali perjalanan bagi tujuan ini. Kebenaran ini hanya diberikan kepada mereka yang terperangkap di kampung atau di tempat lain sebelum kerajaan melaksanakan PKP yang pertama.

Mungkin tidak boleh sambut raya di kampung!

Sehubungan itu, saya ingin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan yang dijangka berakhir pada 28 April 2020 akan dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi, iaitu sehingga 12 Mei 2020.”

Dalam tempoh ini, kerajaan akan menilai data-data terkini yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan untuk menentukan langkah seterusnya. Saya tidak menolak kemungkinan bahawa PKP akan dilanjutkan lagi selepas ini. Ini bermakna, saudara-saudari mungkin tidak boleh menyambut hari raya di kampung.

Saudara-saudari masih tidak boleh bekerja, kecuali bagi mereka yang bekerja dalam sektor yang dibenarkan. Perniagaan juga masih belum boleh dibuka sepenuhnya. Walau bagaimanapun, jika kes-kes COVID 19 terus mencatatkan penurunan yang ketara, kerajaan berkemungkinan akan melonggarkan kawalan pergerakan secara bertahap dalam beberapa sektor termasuk sektor social,” ujar PM kita.

Alhamdulillah penurunan dicatatkan menunjukkan PKP ini berhasil. Tak mengapa Ramadan kali ini kita tak pergi ke bazar Ramadan. Tak makan nasi beriyani, murtabak atau juadah kuih-muih yang kita suka. Yang penting kita selamat daripada wabak COVID 19.

 

Baca juga:

Wanita Hamil Jangan Pandang Enteng Musim COVID-19! Ini Implikasi Jika Positif..

Hotel Hilton Fasiliti Kuarantin COVID-19 Cetus Pertikaian Netizen

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna