PKP Dilanjutkan? Baca Ini Kalau Anda Dah Buntu Nak Fikir Aktiviti Anak-anak

Awal-awal Perintah Kawalan Pergerakan dulu, kita banyaklah idea nak buat dengan anak-anak dekat rumah. Tapi bila dah semakin panjang tempoh PKP, pening juga kepala memikirkan aktiviti lain untuk dibuat dengan anak-anak. Kalau setiap hari buat benda yang sama, bosan juga dan mulalah masing-masing berangan nak keluar rumah.

Tapi, tahan dulu keinginan anda untuk keluar rumah sampailah kita benar-benar berjaya memutuskan rantaian jangkitan. Jadi, dalam artikel kali ini, meh Donna nak kongsi sikit apakah antara aktiviti yang masih lagi anda boleh lakukan bersama anak-anak dekat dalam rumah.

Main cari harta karun

Sebagai ibu bapa, kita kenalah kreatif sikit. Pilih satu hari untuk set up permainan cari harta karun. Sediakan clue dan sorok harta karun di dalam rumah. Anak-anak anda kena cari harta karun yang anda sorokkan berdasarkan kepada pembayang. Mesti anak anda seronok. Siapa yang menang, belikan dia ais krim kesukaan.

Buku Binggo!

Ha! Mesti anda selalu tengok orang buat Binggo dekat Instagram kan? Apa kata kali ini anda senaraikan buku wajib baca sepanjang PKP untuk anak-anak anda. Siapa yang berjaya selesaikan ‘binggo’ akan dapat hadiah. Berlumba-lumbalah anak anda nak habiskan baca buku.

Berkelah dalam rumah

Siapa kata tak boleh? Keluarkan selimut anda dan buat ala-ala khemah besar dekat ruang tamu. Pasang sekali fairy light sambil tengok filem ramai-ramai. Bagi tugas dekat anak anda untuk sediakan barang keperluan ‘berkelah’ nanti.

Kemas almari

Bila semua dah ada dekat rumah, inilah masa terbaik nak ajar anak anda mengemas rumah. Ajar mereka sapu rumah, mop lantai dan paling penting cara menguruskan almari mereka.

Buat biskut

Ha! Berapa banyak jenis biskut anda dah buat dengan anak-anak dekat dapur. Alang-alang nak masuk bulan puasa ini, apa kata anda sediakan senarai menu yang nak dibuat bersama-sama anak anda. Mereka mesti teruja.

Lepas PKP habis barulah boleh rancang untuk keluar berjalan-jalan bersama anak anda. Contohnya pergi Gambang alang-alang mereka masih lagi buat promosi ni.

Sementara itu, jangan lupa untuk kekal di dalam rumah. Sama-sama kita bantu untuk memutuskan rantaian COVID-19.

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna