Pisang Abu Nipah Kalau Buat Bubur, Memang Lemak Semacam!

Baru-baru ni, sis Donna dapat setandan pisang abu gemok-gemok isinya. Biasa kalau saiz pisang abu  kita tengok dekat kedai isinya bolehlah potong tiga kalau nak masak pisang goreng tapi pisang pemberian dari mak sedara sis ni rasanya boleh potong dua kali ganda dan tetap tebal hirisan pisang tu.

Kalau penjual pisang goreng dapat ni, memang boleh untung banyak! Bila tanya pisang apa ni, rupanya pisang abu nipah! Sampai sekarang tau sis tak boleh nak move on dengan saiz tebal isi pisang abu nipah ni. Maklumlah mungkin baru pertama kali dapat merasa, ihiks!

Nak cuba buat bubur…

Kalau you girls nak tahu, agak banyak kuantiti kalau nak buat pisang goreng. Yelah, tiga biji je dah cukup untuk empat orang makan. Selebihnya, sis decide untuk masak bubur.

Nak tahu ada tak kelainan rasa pisang abu dengan pisang abu nipah kalau buat bubur. Maaflah, sis kalau dapat makanan yang jarang dapat, sis memang suka try and error.

Jadi, alang-alang masak, sis nak kongsikan resipi bubur abu nipah. Simple je!

via GIPHY

Resipi bubur pisang abu nipah…

Bahan-bahan…

  1. Pisang abu nipah dihiris menyerong. Guna 6 biji je, itu pun dah banyak dah!
  2. Gula merah dua cawan besar.
  3. Gula putih 5 sudu besar.
  4. Santan sebungkus.
  5. Sagu dua genggam.
  6. Garam 1 sudu.
  7. Daun pandan.
  8. Air 3 cawan.

Cara penyediaan…

  1. Masukkan santan, gula putih, air dan daun pandan yang telah diiikat.
  2. Gaul sehingga gula cair.
  3. Masukkan pisang dan sagu.
  4. Gaul sambil masukkan gula merah.
  5. Masukkan garam untuk dapatkan rasa manis buah dan lemak.
  6. Gaul sehingga menggelegak dan hidangkan!

Tip: Kalau kuah terlalu pekat, masukkan air lagi.

Mudah je kan? Tak sempat berpeluh dah siap dah bubur pisang. Kalau chuols nak tahu, waktu dah siap masak sis terus je makan dan rasa bubur pisang abu nipah memang berlemak semacam!

Masakan bubur sis kali ni memang lain dari yang lain, mungkin sebab faktor jenis pisang yang digunakan. Selamat mencuba!

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Kena Tahu Beza 8 Jenis Cili Ini

Sedap & Pedas Menyucuk! Jom Cuba Resipi Perapan Ayam Untuk BBQ

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna