Pihak Genting Highland Tak Benarkan Geng Konvoi Kenderaan Naik Atas?

Sejak kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), beberapa sektor seperti sektor ekonomi, pendidikan dan juga perlancongan dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Seperti kita lihat sekarang ni, ramai rakyat Malaysia mula keluar bersiar-siar bersama keluarga atau kawan-kawan. Cukuplah tengok dekat highway, kereta dah mula bersesak-sesak.

Sumber: penangkini

Ada pihak yang menyekat naik ke Genting?

Maklumlah, hampir empat bulan PKP dan PKPB dilaksanakan, nak hilangkan stres la kononnya!

Tapi dalam keseronokkan kebebasan dari pihak kerajaan sendiri, masih ada segelintir sektor perlancongan mengawal kemasukan perlancong. Antaranya, Genting Highland. Hm, tak nak kaut untung ke?

Jom dengarkan penjelasan dengan lebih terperinci…

Isu ini sebenarnya telah menjadi bualan hangat tapi tidak tahu sejauh mana kebenarannya dan kini dijelaskan oleh salah seorang pegawai bertugas menerusi sebuah video yang dimuat naik di Facebook.

Katanya, pihak Genting menyekat mana-mana kumpulan konvoi kenderaan tidak kira jenis kenderaan dua roda atau empat roda kerana ada sesetengah kumpulan kenderaan telah membuat kecoh sehingga mengganggu ketenteraman pengunjung lain.

Desas desus konvoi kelab kenderaan tidak dibenarkan untuk naik ke Genting Highlands memang benar.Antara menjadi punca ialah pencemaran bunyi dari segelintir geng yang menjadi punca aduan pengunjung dan juga penduduk di sana.Ini bukan kali pertama insiden motosikal membuat pencemaran bunyi. Kepada yang ramai-ramai nak naik, kereta ke, motor besar ke, motor kecik ke, jaga la adab kita okay!Info Friends Of JPJ

Posted by Hafizi Rahman on Sunday, July 5, 2020

 

Kerana nila setitik habis susu sebelanga. Itulah, bila sudah diberi kebebasan janganlah disalah gunakan.

Walaupun Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan banyak kelonggaran, ini tidak bermakna tiada lagi apa-apa sekatan yang akan dilaksanakan bagi mengawal penularan COVID-19.

Nak tak nak, Donna girls pun kena cancel trip berkonvoi ke Genting Highland, alahai!

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Lepas Noorkhiriah, Kini Ebit Lew Pula Bagi Khidmat Van Jenazah & Ambulan Percuma!

Ketahui Tindakan Dungu Yang Mampu Buat Rumah Tangga Rosak

 

 

Dapatkan tawaran menarik dengan hanya klik link ini.

 

 

 

 

Sumber: facebook

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna