Petugas Medik Gali Balik Jenazah Pesakit COVID-19 Sebab Orang Kampung Mengamuk!

Pilu dan mengejutkan.

Itulah dua perkataan yang paling tepat untuk menceritakan perasaan mereka yang disahkan positif COVID-19. Ahli keluarga mereka juga akan menghadapi situasi yang sama. Mana tidaknya, jika anda disahkan dijangkiti COVID-19, anda akan diasingkan. Jika meninggal juga jenazah anda juga hanya diuruskan petugas khas.

Salah faham dan kurangnya ilmu mengenai wabak ini juga merupakan satu malapetaka. Ini ada cerita yang memang bikin anda tercengang apabila seluruh penduduk kampung tidak merestui jenazah pesakit COVID-19 dikebumikan dalam kampung tersebut.

Kerana paranoid takut dijangkiti, penduduk di sebuah kampung dekat Jawa Tengah,  Indonesia ini sanggup mogok melarang petugas medik mengebumikan jenazah itu di kampung mereka.

Agak dasyat mogok yang dilakukan sehinga petugas medik ini dicampak batu dan kayu oleh penduduk kampung.

 

View this post on Instagram

 

Jenazah pasien positif corona ditolak warga saat mau dimakamkan 😢😭 sedih bgttt – (part 1)

A post shared by It Is What It Is (@entebahluuul) on

Bukan itu sahaja, seorang lelaki yang dipercayai ketua kampung juga berbuih mulut cuba memberi penerangan kepada penduduk kampung. Namun, ia masih juga tak berhasil.

Apa yang lebih menyedihkan ialah apabila petugas medik terpaksa gali semula jenazah yang dikebumikan.

Tidak berhenti di situ, penduduk kampung juga bersorak puas melihat jenazah itu diusung keluar daripada perkuburan.

Sebenarya tak perlu cemas kerana virus tak akan bertahan lama dalam badan mereka yang sudah meninggal dunia. Maka pentingnya didikan dan ilmu menangani wabak COVID-19. Tak ada orang yang ingin dijangkiti. Jika itulah penyebab ajal. Tak ada siapa boleh menyangkal.

Sebagai yang masih hidup, teruskanlah mengambil langkah keselamatan. Sama-samalah kita sedekahkan doa untuk mereka yang sudah meninggalkan kita kerana wabak ini.

 

 

 

 

 

 

Sumber: Tribunnews

Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna