Petua Komunikasi Dengan Anak Yang Gagap

Sebenarnya, gagap dapat dialami siapa pun tanpa memandang jenis kelamin, umur, mahupun status sosial,” – Dr. Dyah Novita Anggraini

Sebagai ibu bapa, andalah yang paling rapat dengan anak-anak anda kerana anda yang melihat proses tumbesaran mereka sejak mereka lahir lagi. Jadi, seawal usia anak anda 2 tahun, pasti anda sudah mengenal pasti sama ada mereka mempunyai simptom autisme, gagap, pekak, penglihatan tidak jelas.

Walau bagaimanapun, gagap bukanlah satu penyakit tetapi ia hanya gangguan ketika berbicara saat proses pembelajaran si manja ketika menyusun perkataan untuk membina ayat. Ia boleh jadi kekal selama tempoh beberapa minggu atau setahun dan kekal sehingga dewasa. Jadi, jika anak anda gagap, berikan mereka perhatian lebih dan layanan berbeza daripada anak-anak yang normal.

via GIPHY

Jadi, pasti anda semua tertanya-tanya, apakah yang dimaksudkan dengan layanan yang berbeza? Antaranya adalah…

Mendengar

Mendengar, di mana anda sebagai ibu bapa harus dengar apa yang ingin disampaikan sehingga mereka habiskan ayat mereka. Elakkan mencelah sebelum mereka menghabiskan ayat mereka kerana biarkan mereka belajar menyusun ayat walaupun lambat.

Kemudian, anda perlu membalas dengan ayat yang paling mudah dan ringkas dengan kelajuan yang sederhana, agar neuron otak mereka dapat menerima dengan sempurna.

Kalau anda cakap dengan laju dan panjang. Akhirnya, anak anda tidak dapat menerima dengan bagus setiap butiran perkataan anda. Anda juga yang marah bila mereka tidak faham. Jadi, mudahkan segalanya, pasti tiada masalah apabila berkomunikasi dengan si manja yang gagap.

Sumber: raisingchildren

Sabar

Seperti biasa, apa pun masalah yang anda hadapi, anda perlu bersabar. Begitu juga apabila anda berkomunikasi dengan kanak-kanak yang gagap. Kalau anda sering memarahi mereka kerana kesukaran yang mereka hadapi. Lama-kelamaan, mereka tiada keyakinan untuk berkomunikasi dengan orang sekeliling.

Malah, apa yang lebih teruk lagi, mereka akan menjadi pasif bila berhadapan dengan orang luar dan masalah gagap mereka akan menjadi lagi teruk kerana tidak banyak bercakap. Jadi, sentiasa sabar membantu mereka menyusun ayat. Lama-lama, gagap mereka akan hilang.

Sumber: naturinho

Sokongan

Sudah semestinya mereka perlukan sokongan daripada orang sekeliling disebabkan masalah yang mereka hadapi. Jika tidak, mereka akan tertekan kerana terasa diri mereka disisihkan. Ini akan menyebabkan muncul perasaan dendam, benci atau apa-apa aura negatif dalam diri kanak-kanak.

Jadi, sebelum perkara ini terjadi, ibu bapa haruslah memberi sokongan fizikal dan mental seperti membawa mereka ke pusat rawatan untuk beberapa latihan dan pemeriksaan. Kemudian, berikan pujian kepada mereka walaupun perkara kecil seperti mereka dapat menghabiskan air botol selama berjam-jam lamanya.

Sumber: KKM putrajaya

Apa pun, masalah gagap ada jalan penyelesaiannya tetapi haruslah mengubah cara mereka bercakap sejak dari kecil lagi. Oleh sebab inilah, ibu bapa perlu memberi perhatian lebih ketika tumbesaran si manja supaya kita mampu mengubah masalah mereka agar tidak melarat hingga ke dewasa.

 

 

Sumber : KKM Putrajaya

Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna