Petua Cepat Hamil Selepas Sihat Dari Keguguran

Usah khuatir apabila selepas berlaku keguguran. Ambillah peluang utnuk berehat dan memastikan diri kembali sihat seperti sedia kala terlebih dahulu untuk mengelakkan daripada diri letih mencuba.

Secara normalnya, dalam dunia perkahwinan memang tidak menyambut keguguran untuk berlaku. Malah, pasangan yang sudah berkahwin dan bersedia kebanyakkanya sangat berharap untuk mempunyai cahaya mata.

Tatkala sudah mencuba, bukan semuanya usaha mampu membuahkan hasil seperti yang diharapkan. Walau bagaimanapun, kita hanya akan gagal setelah berhenti mencuba! Oleh itu Donna mahu kongsikan sokongan dengan berkongsikan tips untuk cepat sihat selepas berlaku keguguran. Selamat mencuba!

 

via GIPHY

 

Amalkan Gaya Hidup Sihat

Harus diingatkan bahawa mengamalkan gaya hidup sihat ini sebenarnya sangat penting dalam membantu kita terlindung daripada penyakit kronik dan merbahaya. Mengamalkan gaya hidup sihat sebenarnya membantu diri kita untuk lebih sihat dan sihat dengan cepat!

Makanan Tambahan

Pengambilan mankanan tambahan seperti vitamin yang khas untuk kesuburan wanita juga boleh membantu diri untuk menjadi sihat dengan cepat. Kemungkinan tubuh kita memerlukan vitamin atau makanan tambahan bagi tujuan penambahbaikan. Apa-apa pun rujuk kepada doktor terlebih dahulu ya!

Jalani Ujian Ovulasi 

Bagi yang mengalami keguguran, adalah dinasihatkan untuk melakukan hubungan intim dengan kerap ketika waktu subur hadir. Pastikan diri anda sudah bersedia dari segi mental, emosi dan juga fizikal sebelum terus melakukan hubungan intim terlebih dahulu ya!

Pemeriksaan Doktor

Harus diingatkan, jangan hanya turutkan kemahuan untuk mempunyai cahaya mata terlebih dahulu sebelum memastikan diri anda bersedia sepenuhnya. Kadang kala walau emosi dan mental sudah bersedia, tidak bermakna tubuh badan kita bersedia! Oleh itu jalani pemeriksaan doktor terlebih dahulu dan ikutilah nasihat yang sepatutnya.

 

Baca juga:

Nasihat ‘Rare’ Untuk Ibu Hamil

Wanita Hamil Jangan Pandang Enteng Musim COVID-19! Ini Implikasi Jika Positif..

 

 

 

 

 

 

Sumber:Bidarari.my

Tags: , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna