“Petua Awet Muda Please..” – Che Ta Kongsi Rahsia Kelihatan Cantik

Sudah tak dapat dinafikan lagi, pelakon Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta sentiasa kelihatan bersiap. Setiap hari ada saja posting yang dimuat naik dan yang bestnya hampir kesemua gambar yang dikongsikan semuanya Che Ta berpakaian cantik-cantik yang merelip dan sentiasa onz!

Baru-baru ini Che Ta terlibat untuk penggambaran video mempromosikan salah satu produk miliknya iaitu maskara. Macam biasa, tak Che Ta la kalau tak vogue! Lagi-lagi untuk sesi penggambaran. Memang gaya primadona habis dengan dress kembang berwarna belacan.

‘Fefeeling’ betul Che Ta!

View this post on Instagram

kami kalau sekali lagi oghang tanya kami tak panaih ka pakai dress letups ni kami teruih masukkan dalam kain kembang semangkuk ni! HAHAHAHHAHA 😂 . . Demi mascara letups @anasism mascara che ta viral yang kami dah restock kami hempas dress letups ni walau panas membara . Eh kami nak tanya hampa semua satu soalan wajib jawab . Suka tak kalau pakai mascara tapi jenis yang senang nak remove, lepas tu wudhu friendly lepaih tu bila pakai chuss bulu mata panjang sampai highway. Suka dakkkk?? . Sapa suka pakai mascara komen lekaihhhhhhhh! Mana tau si @AnasZahrin nak bagi seketui dekat hampa semua 😍😍😍 . . P/s hempas dtg lagi

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

Suara netizen

Seperti biasa, pasti ada netizen-netizen yang kecam tapi kami tak nak ambil kisah. Apa yang menarik perhatian kami adalah petua awet muda yang dikongsikan oleh Che Ta sendiri di ruangan komen.

Kalau kita baca, mungkin kita rasa Che Ta main-main tapi kalau ikut tinjauan pakar psikologi, perkara ini ada betulnya kerana gaya hidup, cara pemikiran dan aktiviti yang dilakukan ada persamaan sekaligus wajah kita akan tampil muda. Patutlah Che Ta pilih suami muda, ihiks!

Semoga Che Ta kekal menjadi ikon wanita-wanita di luar sana untuk berusaha tampil cantik tak kira bila-bila masa.

 

 

Untuk bacaan yang lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Netizen Samakan Gaun Kembang Che Ta Dengan Pulut Kuning 3 Tingkat, Apa Kes Ni?

Tak Perlu Duit Banyak, Ikut Cara Ini Untuk Nampak Elegant

 

 

 

 

Sumber: ig CheTa

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna