Petang Ni Jom Makan Kobis Bunga Goreng

Selain sayur goreng, sup, apa lagi masakan menarik yang boleh kita buat dengan kobis bunga ye?”

Perempuan dan rutin mengunyah makan makanan ringan seperti biskut, keropok, coklat, roti dan makanan ringan lain, memang tidak dapat dipisahkan. Malah, ada juga di antara mereka membuat pengakuan bahawa mereka akan berhenti mengunyah makanan jika mereka tidur dan sakit tekak saja! Hebat bukan? Ihiks!

Tapi, daripada anda makan makanan yang tidak berkhasiat, apa kata anda buat hidangan yang selalu Donna masak jika ada masa lapang. Mudah saja, tak susah pun. Kos bahan-bahan masakan pun tak sampai RM10! Murah je kan?

Hidangan tersebut adalah Kobis Bunga Goreng!

Sumber: pexels

Bahan-bahan;

  1. Kubis bunga
  2. Telur ayam
  3. Lada hitam
  4. Lada Putih
  5. Minyak masak

Cara membuat;

  1. Potong kubis bunga pada setiap batang kecilnya.
  2. Pukul telur cukup sekadar sehingga buih keluar.
  3. Masukkan lada hitam dan lada putih dan pukul lagi sehingga rata.
  4. Panaskan minyak
  5. Celupkan potongan kubis bunga tadi ke dalam telur.
  6. Goreng hingga kuning keemasan!
  7. Cicah bersama sos cili.

Nota;

Untuk hidangan lebih sedap, gunakan telur kampung! Okaylah, Donna nak masak kubis bunga untuk suami, jangan lupa cuba resipi Donna ini ye!

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna