Petang Ni Bakar Kubis Bunga Pedas Jom?

Baru sahaja Donna ada kongsikan cara masak Kubis Goreng kan? Ada yang dah cuba? Ha.. Kali ni Donna nak bawa kelainan sikit memandangkan Donna dapat idea lain yang lebih menarik untuk snek hidangan ni.

Anda yang vegetarian pasti suka dengan perkongsian resipi baru Donna ni.

Bahan-bahan adunan tepung

  1. Kubis bunga
  2. 1 1/4 cawan Tepung Kacang Kuda
  3. 3/4 air putih
  4. Lada hitam mengikut citarasa anda sendiri
  5. Garam mengikut citarasa anda sendiri

Bahan-bahan sos

  1. 1/4 cawan cili sos
  2. 1 sudu sos soya
  3. 2 sudu madu
  4. 1 sudu serbuk bawang putih
  5. 1 sudu serbuk halia
  6. Separuh jus lemon
  7. 1 1/2 Toasted minyak bijan

Cara penyediaan

  1. Satukan kesemua bahan adunan tepung ke dalam satu bekas. Kemudian gaulkan kesemuanya sehingga harmoni dan likat.
  2. Celup kesemua kubis bunga dalam adunan tadi.
  3. Susun dalam dulang.
  4. Bakar dalam ketuhar selama 35 minit dalam suhu 45 darjah celsius.
  5. Sementara menunggu bunga kubis anda di bakar, campurkan kesemua bahan sos dalam satu bekas dan gaulkan sehingga harmoni.
  6. Bila bunga kubis anda sudah selesai di bakar, gaulkan kubis dengan sos tadi sehingga rata.
  7. Susun dalam pinggan yang cantik.
  8. Hidangkan!

Mudah sajakan nak masak hidangan waktu petang? Lagi-lagi bila tetamu datang tanpa diduga, masak je kubis bakar pedas ni. Nampak kelainan sikit! Selamat mencuba.

 

 

 

 

Sumber: LS
Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna