Pesanan Buat Suami Isteri Yang Selalu Gaduh ‘Time’ Balik Raya!

Tahun lepas kampung awak, tahun ni turn saya lah pula kan? Kan!

Eh sabar apa ni time raya pun nak gaduh-gaduh. Patutnya bila menjelang je hari raya anda saling bermaafan, bak kata orang kosong-kosong! Ada tak di antara anda dan pasangan asalkan nak balik beraya di kampung mana, mesti bergaduh. Walaupun perkara ini sering dibincangkan setiap kali mahu nak balik raya, tapi tak dapat nak dielakkan jika anda terpaksa mendengar cakap suami untuk balik beraya di rumah mertua. Haa kan dah jadi isu!

Image result for husband wife argue all time

Sumber: debcra

Apa kata sebagai seorang isteri anda bertolak ansur dengan pasangan anda dalam menentukan untuk balik beraya di kampung mana. Mungkin suami anda sudah ada perancangan yang lebih awal sebelum anda. Jadi apa kata anda bertanya dahulu sebelum membuat keputusan.

Related image

Sumber: utusan 

Bawa mertua anda beraya di rumah kampung anda! Haa mesti anda tak pernah terfikirkan? Selalu mesti bertengkar  dengan suami dari rumah sampai lah ke kereta. Mungkin bagi wanita beraya di rumah mertua lain situasinya berbanding dengan rumah mak sendiri. Nak mudah, jemputlah mertua anda untuk balik sekali kan lagi meriah?

Sumber: cats

Sebenarnya, sebagai seorang isteri anda perlu hormat dan bersikap tolak ansur dengan pasangan anda. Kemukakan pendapat dan cadangan anda terlebih dahulu, kalau cakap baik-baik pasti suami anda memahaminya. Ha, esok lusa dah nak raya. Dah pack barang belum?

Kalau belum, baca tip ni:

Ini Cara ‘Travel’ Dengan Si Comel Ketika Perjalanan Jauh

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna