Pesakit Polio Ini Sanggup Tunggu Sehingga 22 Tahun Semata-Mata Nak Jumpa Siti Nurhaliza. Ini Sebabnya..

Aura penyanyi Datuk Sri Siti Nurhaliza bukan sahaja menyerlah di Malaysia, malah turut merebak sehingga ke negara jiran di Singapura malah juga di Indonesia. Berita yang tular baru-baru ini menyentuh hati ramai apabila seorang pesakit polio bernama Khusnul Khotimoh dari Indonesia menyatakan hasrat hatinya ingin bertemu penyanyi pujaannya, Siti Nurhaliza hampir 22 tahun lamanya.

Cerita sayu tersebut mendapat perhatian sebuah stesen TV dari seberang, dan pertemuan penuh bermakna buat Khusnul dengan Siti dirakamkan dalam sebuah rancangan bual bicara baru-baru ini.

Pada mulanya Khusnul tidak menyangka Siti akan hadir bersama menjayakan program tersebut, kerana dia hanya ditemubual tentang video luahan hatinya sahaja.

Namun, dia ternyata terkejut apabila penyanyi lagu Anta Permana itu melangkah masuk ke dalam pentas dan berdiri di depan matanya sambil menyanyikan lagu berjudul Bukan Cinta Biasa. Saat Siti menghampiri Khusnul, berkali-kali dia memeluk dan mengucup tangan Siti  sambil diringi tangisan yang panjang.

Siti juga turut menangis ketika menyanyikan lagu dan terus membalas pelukan Khusnul sejurus habis mendendangkan lagu. Keadaan dalam studio meriah saat Datuk Siti melangkah masuk, tiba-tiba bertukar hiba.

Rakaman penuh mengharukan itu teah dimuatnaik di laman Youtube dan kini berjaya memperoleh lebih 100 ribu tontonan.

 

 

 

Sumber: trans7

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna