Perut Makin Ke depan Lepas Raya? Cuba Minum 4 Jenis Teh Ini Untuk Kurus

Kalau manfaat kopi itu kita dah biasa dengar. Tapi tak ramai nak sembang tentang kebaikan teh. Perasan tak bila  kita pergi beli-belah dekat pasaraya, jarang betul tangan kita nak beli teh. Ha, kali ini kami nak kongsikan rahsia teh untuk kuruskan badan. Nak lagi lepas raya badan kita dah mula menternak lemak, kan?

Kalau sebelum ini anda pernah terbaca teh hijau boleh  boleh melancarkan metabolisme tubuh dan bakar lemak dalam badan kita, bacaan anda itu betul. Namun, bukan hanya itu tau, banyak lagu jenis-jenis teh yang boleh anda minum untuk memberikan anda kebaikan yang sama.

BACA: Terdesak Nak Kurus Dalam Masa Singkat? Cuba GM Diet Seminggu Je Boleh Turun Sampai 6KG

Berikut adalah beberapa jenis teh yang anda boleh cuma untuk memberikan efek langsing kepada tubuh.

via GIPHY

Teh Pappermint

Teh ini sangat menyegarkan. Tapi ada pula yang cakap teh ini rasa ubat gigi. Adoi, macam-macam betul. Sebenarnya aroma teh ini dikatakan boleh menyekat rasa lapar seperti yang tercatat dalam Journal of Neurological and Orthopedic Medicine. Reaksi kimia dalam otak kita akan menurunkan rasa lapar.

Teh Hitam

Ha, teh ini biasa kita nampak dekat pasaraya. Jadi, mudahlah kalau anda nak beli. Kandungan flavonoid dalam teh hitam boleh menjadi zat yang boleh menurunkan berat badan. Minum 3 cawan teh hitam boleh membantu menurunkan berat badan dibandingkan kopi.

via GIPHY

Teh Putih

Ya betul! Ini dia teh paling natural dan sihat. Teh ini diproses melalui pemetikan, penjemuran dan pengemasan. Katekin dan Polifenol dalam teh ini katanya boleh mencegah pembentukan sel lemak baru.

BACA:Dah Melantak Macam-Macam Waktu Raya, Ini 3 Benda Kena Buat Nak Diet Balik!

Teh Herba

Teh jenis ini biasanya terbuat daripada rempah, buah, atau tumbuhan yang dikeringkan. Ha, teh ini tak ada kafein. Salah satunya ialah teh Rooibos yang ada herba membantu membakar lemak.

via GIPHY

Seelok-eloknya anda dinasihati minum teh tanpa gula. Minum perlahan-lahan sambil dengar lagu yang menenangkan. Selain kuruskan badan, ia juga boleh membantu memberikan anda ketenangan.

Tapi minum teh sahaja tak boleh kurus tau. Anda kenalah kawal pemakanan dan rajinkan diri bersenam. Selamat mencuba.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: CNN

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna