Perut Buncit Nampak Tidak Menarik, Amalkan Ini Untuk Bantu Anda Hilangkannya

Waktu yang paling seronok bila di pejabat adalah waktu lunch hour betul tak? Masa tu lah kawan-kawan akan ajak anda pergi menjamu selera dengan makanan yang sedap sampai kembung perut dibuatnya! Tapi apa yang tak bestnya bila perut dah ke depan anda akan mula rasa tidak selesa. Anda perlu tahu perut adalah bahagian yang paling elastik dan dan mudah regang. Sebab tu bila anda makan banyak sahaja perut anda akan mula menjadi buncit.

Mungkin bagi kaum lelaki, ianya tidak menjadi masalah besar tapi bukan buat wanita ye! Keadaan perut buncit ni bukan sahaja menampakkan anda tidak menarik malah ia juga akan meningkatkan risiko beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan hati berlemak.

Jangan risau bagi anda yang mengalami masalah seperti di atas sebab Donna akan kongsikan kepada anda 5 jenis makanan yang mampu menyelesaikan masalah anda tanpa kesan berbahaya. Mudah kan, jom keep scrolling!

Image result for wanita perut buncit

Sumber : liputan

Tembikai

Waktu tengah-tengah panas ni kalau dapat makan buah tembikai memang nikmat. Buah tembikai ni bukan sahaja menjadi pembuka terbaik sebelum makan malah ia mengandungi 91 peratus air yang menyebabkan anda mudah kenyang tanpa perlu mengambil makanan yang berkalori tinggi seperti nasi atau burger. Berdasarkan Pertubuhan Dietik Amerika menyatakan tembikai adalah buah yang paling terbaik untuk menghilangkan lemak dan mencegah dehidrasi.

Badam

Kalau ikut petua dahulu, badam ini memang baik bagi wanita sudah berusia untuk mengelak daripada penuaan berlaku. Tapi apa yang paling menariknya, badam juga mampu bertindak untuk membuatkan anda tidak makan terlalu banyak kerana ia mengandungi magnesium yang dapat membentuk otot dan mengurangkan sakit jantung.

 

 

Daun Saderi

Kebiasaanya daun saderi sering diletakkan ke dalam sup, kerana ia merupakan salah satu sayuran yang mempunyai kandungan kalsium dan vitamin C yang mampu menurunkan berat badan. Selain buat sup, daun saderi juga sedap untuk dibuat jus belum cuba belum tahu.

Timun

Wahai para wanita, timun ni bukan sahaja baik untuk kulit wajah tapi ia juga sebagai alternatif terbaik untuk mengurangkan masalah perut buncit. Cuba anda makan timun setiap hari dan lihat kesannya kerana ia bertindak untuk mengurangkan risiko penyakit dan mencantikkan kulit. Wah 2 in 1!

Air Limau

Idamkan pinggang ramping seperti Maya Karin? Cuba anda amalkan setiap kali bangun pagi minum secawan air limau dan lihat hasilnya sekiranya anda konsisten. Ia adalah satu rutin bagi proses ‘pencucian’ perut yang lebih selamat berbanding anda mengambil ubat-ubatan.

Selain daripada pemakanan penting juga untuk anda mendapatkan tidur yang cukup untuk menghilangkan perut buncit dan berat badan yang ideal.

 

Untuk tip yang lebih menarik anda boleh klik link di sini :

Jangan Main Letak Je Minyak Semasa Rebus Spageti, Ini Sebab Yang Anda Perlu Tahu

 

 

 

Sumber: makanlena

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna