“Peruntukkan 4 Orang Anak Untuk Masuk Sekolah Sebanyak 4 Ribu Jadi Kami Buat 3 Tabung…”

‘Back To School’ adalah waktu ibu bapa sibuk menguruskan anak-anak masuk ke alam persekolahan. Beli peralatan, buku latihan dan pakaian sekolah. Selepas itu, mengagihkan duit yuran, pengangkutan dan taska pula. Memang tak dapat dinafikan, banyak sangat menggunakan duit lagi-lagi ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah swasta.

Mungkin ada yang pertama kali anak menjejakkan kaki ke sekolah dan mungkin juga ada yang sudah tahun ketiga anak bersekolah. Apa yang pasti, setiap tahun, lain ragamnya dan makin bertambahlah peruntukkan duit jika makin ramai anak mereka yang melangkah masuk ke alam persekolahan.

Hal ini kami ketengahkan kerana kami sediri yang mengalami situasi ini. Beli barang sekolah untuk anak sulung yang pertama pun sudah mencecah hampir RM400. Itu baru seorang dan belum lagi termasuk duit belanja harian, yuran sekolah agama berswasta, taska, buku latihan dan pengangkutan anak. Paling kurang RM1,200 habis.

Jadi, semalam memandangkan hari pertama persekolahan kami mengambil kesempatan menemubual salah seorang ibu, yang menghantar anak di Sekolah Kebangsaan Bandar Utama 2 tentang cara dia membuat persiapan untuk anak masuk sekolah dari segi kewangan.

“Sekarang ni seorang anak je untuk masuk ke sekolah lebih kurang dalam RM300 hingga RM400 ringgit dan tahun ni saya mempunyai 4 orang anak masuk ke alam persekolahan. Seorang pra sekolah integrasi swasta, 3 orang lagi sekolah kebangsaan jadi, kami tak boleh nak keluarkan kos tu dalam satu masa,”

“Apa kami buat, selalunya kami akan buat pembahagian 3 tabung setahun sebelum kemasukkan anak ke sekolah. Tabung pertama, untuk barang sekolah. Tabung kedua, di khaskan untuk yuran dan tabung ketiga pula kami peruntukkan untuk emergency fund supaya kalau ada apa-apa barang tambahan, dah tak ganggu duit kita pada masa tu,”

Tak apalah kalau labur duit yang banyak untuk anak-anak waktu persekolahan. Hasil akan nampak bila mereka sudah bekerja nanti.

 

Untuk bacaan yang lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Elak Cubit, Tengking & Pukul, Doktor Ini Kongsi Cara Tegur Bila Anak Buat Salah

Ingat! Terima Menantu Biar Sesuai Untuk Anak, Bukan Ikut & ‘Taste’ Kita

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna