Pertama Kali Jadi Perantau? Ini 5 Menu Anda Boleh Masak Hari Raya Ini

“Aduh, tak boleh rentas negeri. Terpaksalah raya sendiri-sendiri dekat bandar ini”

Rasanya memang ramai orang yang mengadapi situasi ini pada tahun ini. Perintah Kawalan Pergerakan membuatkan ramai menjadi anak rantau dan hanya boleh video call bertanya khabar keluarga di kampung sewaktu hari raya. Sedih memang sedih, tapi ini yang terbaik untuk memutuskan penularan COVID 19. Sabar tau.

Tapi raya tetap raya. Kita kena gembira! Jangan biarkan semua ini menjadi penghalang untuk anda memeriahkan pagi Syawal. Selain pakaian serba baru, makanan juga adalah benda wajib yang bakal menambah seri pagi hari raya.

Kalau anda pertama kali raya berasingan di bandar dan tak tahu nak masak apa sempena hari raya, ini 5 cadangan juadah lebaran yang anda boleh cuba.

BACA: Raya Jangan Ziarah Kubur  Datuk Dr Noor Hisham

Sumber: MakanLena

Roti Jala

Nak buat pun simple. Sangat sesuai untuk anda yang beraya di rumah sewa. Ini boleh dijadikan santapan ringan sambil layan cerita hari raya yang ditayangkan dekat TV3. Ditambah pula dengan keenakkan kari ayam dan daging. Memang buat anda tambah dua tiga kali!

Sate dan nasi impit

Pergh, tengok gambar pun dah terliur. Bayangkan sate yang empuk dan lembut. Itu belum lagi kuah kacang dan nasi impit yang memang menyelerakan. Boleh buat sendiri sate dan bakar di belakang rumah. Ada juga aktiviti nak buat dengan anak-anak malam raya nanti.

BACA: Raya Dengan Yakin! Elak 5 Jenis Makanan Yang Menternak Jerawat Di Muka

Sumber: Saji

Lemang

Mungkin dekat bandar susah sikit nak dapat lemang. Tapi sekarang dan ada lemang versi kukus. Boleh tengok tutorial di Youtube. Apa yang penting ialah rasa pulut dan lemak santan. Makan pula dengan rendang, aish! lengkap!

Sumber: Saji

Laksa

Kalau ada yang rindu nak balik utara, buatlah laksa. Cara nak buat pun mudah dan boleh tahan sampai malam. Jadi, tak ada istilah kebulur di hari lebaran ya kawan-kawan.

Nasi minyak

Siapa kata nasi minyak untuk orang kahwin? Anda pun boleh masak juadah ini sempena hari raya. Barulah semerbak dapur rumah anda. Makan pula dengan lauk ayam masak merah. Memang menjilat jari!

Sumber: Saji

Baiklah, itu sahaja cadangan menu untuk anda cuba di hari lebaran nanti. Semuanya mudah nak disediakan. Tak ada lagi istilah raya yang sendu walaupun di perantauan. Nak lagi meriah, pasang lagu-lagu raya yang rancak dekat dapur sambil masak.

Selamat Hari Raya!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Saji

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna