Pertama Kali Berjumpa Terus Berkahwin Di Lapangan Terbang

Benar kata pepatah cinta itu buta. Ramai pasangan yang sedang dilamun cinta sanggup melakukan apa sahaja. Kadangkala bertindak di luar jangkaan, kadangkala apa yang dilakukan mereka melangkau perkara normal yang dilakukan manusia.

Seperti yang berlaku kepada dua pasangan kekasih yang baru dikenali tidak sampai sebulan. Mereka membuat keputusan untuk berkahwin pada pertemuan pertama. Dua individu berasingan dari lokasi berbeza menaiki penerbangan ke Las Vegas di Amerika Syarikat untuk berkahwin pada Hari Krismas yang lalu selepas bertemu buat kali pertama di Lapangan Terbang Gatwick.

Sumber Foto: Dailymail

Pasangan ini iaitu Sarah Elliott dan Paul Edwards tiba di lapangan terbang itu dengan memakai pakaian pengantin selepas berkenalan menerusi satu aplikasi carian jodoh pada 15 Disember lalu. Pasangan itu terus melangsungkan perkahwinan mereka di Hotel Bellagio di Las Vegas. Ramai yang menyaksikan  detik indah Paul melamar Sarah di lapangan terbang yang lengkap dengan set persalinan pengantin.

Sumber Foto: Dailymail

Sarah menyatakan dia menyukai Paul selepas membaca dan melihat profil selain berpendapat lelaki itu seorang yang jujur berdasarkan tulisan di aplikasi carian jodoh itu. Mereka dipadankan, dan Sarah terus menghantar mesej kepadanya dan dia terus membalas. Mereka bercakap menerusi panggilan telefon pada malam minggu tersebut selama dua setengah jam dan sekali lagi pada pagi keesokkan harinya.

Sumber Foto: Dailymail

Kedua-dua individu itu bekerja dalam bidang penyiaran dan pernah berkahwin sebelum ini. Paul mempunyai dua anak perempuan berumur 13 dan 15 tahun manakala perkahwinan terdahulu Sarah cuma bertahan enam bulan sahaja.

Sumber Foto: Dailymail

Cinta itu kadang-kadang tidak seindah yang disangka, juga tidak semanis yang dirasa. Terlalu banyak pengorbanan yang diperlukan jika mahu melihat cinta itu berjaya mahupun bahagia. Apa pun semoga pasangan ini berbahagia dan bersama selamanya.

 

 

 

 

 

Sumber: Dailymail

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna