Persiapan Asas Yang Perlu Disediakan Sebelum Majlis

Biasalah, masyarakat Melayu penuh dengan adat. Bila sebut sahaja perkataan majlis, bermacam-macam majlis ada di Malaysia, majlis akikah, majlis khatam Al-Quran, majlis kahwin, majlis nikah, majlis ulang tahun dan banyak lagi!

Namun, sebelum menjalankan sesebuah majlis, pasti anda memerlukan senarai untuk persediaan barang-barang sebelum, semasa dan selepas majlis. Nampak je mudah, sukar sebenarnya! Kadang tu, ada je yang terlepas pandang.

Sumber: pexels

Jangan risau, Donna akan bantu anda menyenaraikan keperluan yang mungkin anda terlepas pandang sewaktu merancang persiapan majlis anda.

Tetamu

Sebelum majlis dijalankan, pasti anda sudah mengetahui siapa tetamu yang akan hadir pada majlis anda. Tetapi, anda tetap kena menyenaraikan nama tetamu dalam satu kertas. Ini kerana supaya tidak terlepas pandang.

Sumber: pexels

Jangan fikir anda tak akan terlepas pandang. Kadang tu, kenalan atau saudara yang terdekatlah yang anda lupa nak jemput! Untuk elakkan, buat senarai pendek ye!

Alat Solek

Selain daripada pakaian yang cantik, solekan pada wajah juga penting ketika majlis dijalankan. Pastikan alatan solek anda mencukupi ketika berlangsungnya majlis.

Sumber: unsplashed

Bayangkan jika tidak mempunyai alatan solek yang lengkap. Keyakinan nak berhadapan dengan tetamu pun menjadi kurang dan mood pun kelaut!

Makanan & Kawasan

Dua perkara ini nampak saja benda penting tapi, dua perkara inilah yang anda selalu terlepas pandang dengan masalah yang akan dihadapi oleh tetamu anda.

Misalnya, makanan tidak mencukupi, jemput tetamu lebih dari seribu orang tetapi kawasan majlis hanya memuatkan 50 orang dan menu hidangan tidak kepelbagaian.

Sumber: unsplashed

Lebih-lebih lagi jika anda menjemput tetamu dari pelbagai kaum, pastikan setiap kaum boleh makan menu hidangan anda. Jika rakan India anda tidak boleh makan daging, sediakan menu hidangan khas untuk mereka.

Digital Kad

Terakhir sekali, elakkan pembaziran untuk bahan cetakan. Sekarang dunia media berkembang sangat maju. Gunakan sebaik yang mungkin. Jadi, anda boleh membuat tempahan kad jemputan di sini.

Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna