Persediaan Terakhir Untuk Si Manja Menghadapi UPSR

Lagi seminggu anak aku nak UPSR, aku pulak yang kecut perut sampai tak lalu nak makan,”

Setiap individu pasti pernah merasakan sindrom risau atau anxiety disorder dengan sesuatu perkara pada tahap yang terlampau. Terutama sekali dalam kalangan ibu bapa yang terlalu memikirkan dan risau dengan anak mereka yang bakal menghadapi peperiksaan besar seperti UPSR, PT3 dan SPM.

Malah, semakin dekat peperiksaan, semakin ketat pengawasan ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Hanya untuk memastikan si manja dapat menghadapi peperiksaan dengan mudah.

Tetapi, sebagai ibu bapa anda perlu tahu tahap pengawasan anda kepada anak-anak supaya mereka tidak rasa terbeban dan tertekan. Oleh itu, artikel kali ini akan memberitahu antara persediaan terakhir untuk si manja sebelum menghadapi UPSR.

Ajak mereka ulangkaji bersama anda

Membuat latih tubi pada setiap hari dapat meningkatkan prestasi dan cara mereka menjawab soalan. Malah, subjek matematik juga digalakkan membuat latihan setiap hari untuk memahirkan mereka dengan jalan kerja dan corak setiap soalan.

Kita sedia maklum, kanak-kanak amat sukakan hiburan. Lantas, wujudkan suasana yang seronok ketika mereka ulangkaji di rumah bersama anda.

Sumber: SG Bagus

Sentiasa memberi semangat

Sebagai ibu bapa, apabila anak anda tertekan kerana tidak memahami soalan, pastikan anda tidak merendah-rendahkan mereka atau memarahi mereka. Malah, berikan mereka tunjuk ajar dan berikan kata-kata semangat bahawa mereka boleh lakukan.

Serba sedikit ia dapat menimbulkan dan menyemarakkan keinginan, keberanian dan kesungguhan dalam menghadapi dan menjawab soalan. Jangan sesekali mengambil enteng tentang perasaan kanak-kanak lebih-lebih lagi mereka sedang berada di dalam proses pembelajaran.

Sumber: parental

Rehat secukupnya

Hadkan waktu bermain mereka. Jika selalunya anda membiarkan anak anda menghadap telefon pintar atau menonton televisyen sehingga lewat malam, hadkan waktu itu dengan meminta mereka untuk tidur lebih awal bagi merehatkan otak mereka.

Sumber: 100comments

Tuisyen

Selain daripada latihan di rumah serta pengawasan terhadap si manja, anda perlu menghantar mereka ke pusat tuisyen yang mampu meningkatkan kemahiran dan kefahaman anak anda kepada pelajarannya. Anda boleh klik [sini] untuk info lebih lanjut.

 

 

Sumber: 100 comments

Tags: , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna