Pernah Tak Rasa Macam Semua Orang Perhatikan Anda Di Pejabat?

Dari cara duduk, cara kerja, cara pakai, cara jalan sampailah kepada cara kita berjalan pun orang asyik pandang. Tak tahulah kenapa kita rasa macam semua orang dalam pejabat ini asyik pandang kita sahaja. Sebenarnya, apa yang anda rasa itu secara psikologinya disebut sebagai spotlight effect.

Bila rasa semua mata pandang kita, mulalah kita tak selesa. Macam apa yang kita buat semua salah. Sportlight effect boleh menjadikan seseorang cepat cemas dan rasa rendah diri. Sebenarnya, belum tentu lagi mereka benar-benar sedang beri perhatian dan pandang kita. Boleh jadi kita sahaja yang ada perasaan sebegitu.

Namun, kalau perasaan anda itu terlalu kuat dan membuatkan anda tidak selesa berada di pejabat sehingga mengganggu tumpuan kerja. Berikut kami berikan beberapa tip supaya anda lebih tenang sepanjang bekerja.

BACA: Kalau Rasa Badan Terlebih Bekerja, Cuba Praktikkan Tip Ni

via GIPHY

Kenal pasti kenapa kita rasa begitu

Apa yang kita boleh buat ialah mengenalpasti sebab kenapa boleh berada dalam keadaan itu. Katakanlah kita rasa semua orang pandang kita sebab kita sedang melakukan kesalahan. Namun, ada tak orang yang berani menegur kesilapan kita? Jika tidak, kenapa kita perlu takut. Kenapa pandangan orang lain terhadap diri kita perlu kita anggap penting?

Cari rakan kerja yang paling kita percaya

Sangat penting bagi kita untuk mempunyai dan mencari seorang rakan kerja yang boleh kita percayai. Kemudian, kita boleh bertanya dengan jujur kepadanya apakah yang diperkatakan rakan sepejabat tentang diri kita. Jika ternyata rakan pejabat kita tak berkata apa-apa, mungkin ia hanya pendapat kita sahaja.

BACA: Pekerja Petronas Dibelasah Teruk Setelah Menegur Pelanggan Tidak Mematuhi SOP

via GIPHY

Ubah cara pandang

Mengubah perspektif bukanlah perkara yang mudah. Kita kena berani berhadapan dengan ketakutan kita. Jangan mudah tersinggung atau terasa dengan keadaan di sekeiling kita. Anggap sahaja semua orang sibuk dan anda juga perlu juga untuk sibuk memikirkan keadaan diri anda. Fokus sahaja kepada pekerjaan anda sehingga anda terlupa sedang diperhatikan.

Berbincang dengan pakar psikologi

Namun, kalau keadaan bertukar menjadi lebih buruk. Apa kata anda dapatkan khidmat pakar untuk mendengar keluhan yang anda rasakan. Pakar pasti ada cara yang lain untuk memastikan anda tetap gembira seterusnya mengurangkan rasa tak tenteram anda semasa bekerja.

Selamat mencuba!

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna