Pernah Makan Kerabu Ikan Sardin? Hari Ini Jom Kita Cuba Buat

Kalau sardin, mesti masak sambal. Kalau sambal je mesti sardin. Eh..hiks,”

Mungkin ada di antara anda pernah merungut macam ayat dekat atas ni kan? Yela, kadang kala teringin nak makan sardin, tapi macam bosan pula bila cara masakannya sentiasa sama. Ha, yang sebenarnya cara masakan sardin boleh dipelbagaikan tau.

Antara menu hidangan ikan sardin boleh dipelbagaikan adalah Kerabu Ikan Sardin!

Bahan-bahan

  • Sardin tin yang sudah di goreng
  • Sebiji Bawang besar yang sudah dihiris
  • Dua tangkai cili besar yang sudah dihiris
  • Sebiji tomato yang sudah dihiris
  • Limau nipis
  • mengikut citarasa sendiri
  • Garam secukup rasa

Cara membuat

1.  Carik kasar isi ikan sardin, ketepikan tulang dan gaulkan dengan semua bahan di atas.

2. Kemudian, rata sehingga harmoni.

3.  Sedia untuk dinikmati.

Selain itu, jika anda suka ulam raja, bunga kantan, daun selom atau ulam-ulam yang lain, silalah tambah mengikut citarasa. Malah, asam keping juga boleh digantikan dengan perahan jus limau nipis. Pastikan juga kuantitinya mengikut tahap kemasaman yang anda suka! Selamat mencuba.

Sumber: resipi pilihan

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna