Pernah Dengar Diet Bagi Penyakit Hati Berlemak?

Mungkin ada di antara kita tak pernah dengar penyakit hati berlemak tapi lemak berlebihan pernahla kan sampai nak kena diet. Yelah, kalau tak jaga pemakanan nanti, kesihatan terjejas dan penampilan pun bermasalah.

Jadi, bagi mereka yang tak tahu apa itu penyakit hati berlemak dan apa yang menyebabkan seseorang terkena penyakit ini, jom kita selongkar satu persatu.

via GIPHY

Apa itu hati berlemak?

Hati berlemak disebabkan pengumpulan lemak yang berlebihan di dalam tisu hati dan paling membahayakan apabila kebanyakan pesakit tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda dan komplikasi.

Bila penyakit ini tak menunjukkan apa-apa tanda dan kita sendiri tak ada inisiatif untuk melakukan medical check-up, lama-lama dibiarkan tanpa rawatan boleh menyebabkan keradangan dan parut pada hati seterusnya membawa kepada kerosakan hati.

Cara elak dan mengawal hati berlemak…

Setiap penyakit pasti ada punca sejarah hidup sama ada gaya hidup, keturunan atau corak pemakanan. Bagi kes penyakit hati, punca utama adalah corak pemakanan.

Untuk mengelak atau mengawal hati berlemak adalah dengan cara terapi pengurusan diet yang digunakan tapi bergantung kepada punca berlakunya hati berlemak tersebut.

Contoh, sekiranya penyakit hati berlemak adalah disebabkan kolesterol yang tinggi dalam darah, maka dengan kawalan diet dan aktiviti fizikal dapat kurangkan tahap hati berlemak dan risiko sakit jantung atau strok.

via GIPHY

Kesimpulannya, pengurusan diet bagi pesakit hati berlemak adalah bergantung kepada punca penyakit tersebut sama ada masalah berlebihan berat badan, obesiti, kolesterol tinggi dalam darah, sindrom metabolik atau pengambilan alkohol yang berlebihan.

Itulah sebabnya kita semua pesakit perlul mematuhi diet yang telah ditetapkan untuk mengurangkan lemak dalam tisu hati. Okay ladies? 

 

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Diet Atau Senaman, Mana Lagi Berkesan Untuk Turunkan Berat Badan?

Senarai Makanan Tepat Untuk Mereka Berpenyakit Darah Tinggi

 

 

 

 

 

Sumber: myhealthportal

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna