Permaisuri Bagi Ayat ‘Padu’ Buat Si Pelaku

Sadis! Hasil kerja mural gambar barisan hadapan menteri yang dilakarkan awal bulan Julai lalu oleh anak muda di Taman Cahaya Alam, U12, Shah Alam telah diconteng oleh dua individu tak bertanggungjawab dipercayai perempuan, aduhai!

Lebih teruk lagi, perkataan “bangsat” diconteng di tengah-tengah potret Ketua Pengarah, Dr Noor Hisham. Dari kejadian tersebut, pelukis tampil meminta maaf kerana tiada lagi mural kebanggaan menghiasi dinding serta mengucapkan terima kasih kepada yang menyokong bakatnya.

Assalamualaikum semua..disini saya nk ucapkan terima kasih sebb support bakat saya..dan bagi saya tunjuk bakat pada…

Posted by Suhaimi Ali on Sunday, July 19, 2020

Permaisuri tampil bersuara…

Apa yang menarik perhatian kami lagi apabila Permaisuri, Tunku Azizah Aminah bersuara tentang isu ini menerusi laman Instagram miliknya.

Apa yang disuarakan adalah “semoga Allah SWT yang membalasnya,” dengan memuat naik beberapa keping gambar mural yang telah diconteng.

Tak cukup dengan itu, Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan dalam ciapannya di Twitter, menggesa pihak berkuasa untuk menangkap mereka yang terlibat itu.

“Tangkap segera orang yang terlibat rosakkan mural dinding ini. Tidak kira siapa terlibat, vandalism seteruk ini sangat tidak kena kepada adab,” katanya.

Hm, kalau tak dapat memberi manfaat pada orang lain atau menyumbang apa-apa, janganlah merosakkan hasil seni orang lain, okay? Jadilah rakyat Malaysia yang optimis.

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Video Sebat 3 Anak Perempuan Viral! Beginikah Cara Mendidik?

Bagi Pemohon BSH Baru, Perlu Kemaskini 6 Maklumat Ini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: airtanganpermaisuri

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna