Perlu Ke Mak Ayah Risau Kalau Anak Lelaki Perangai Lembut Sejak Kecil?

Hati mak ayah mana yang tak risau kalau anak lelaki mereka lembut semacam. Bukan itu sahaja, mereka lebih cenderung bermain masak-masak dengan baju berwarna merah jambu. Bila suruh bermain bola dengan kawan-kawan lelaki mulalah tarik muka. Tak suka.

Maka setiap malam mak ayah fikir adakah anak mereka akan berubah menjadi seorang ‘pondan’? Bukan itu sahaja, lelaki lembut ini pula selalu menjadi bahan ejekan di sekolah. Siapalah yang akan tengok-tengokkan anak kita dekat sekolah. Perlu untuk anda tahu bahawa setiap manusia diciptakan dengan perangai dan personaliti yang berbeza.

BACA: Demi Anak! Ketahui Masa Yang Tepat Untuk Bersarapan

Oleh itu, jangan cepat melatah dan hukum anak sampai kena buat kerja-kerja berat sehingga mereka tak larat dengan harapan akan menjadi lebih ‘jantan’. Apa kata kita tambah sedikit ilmu tentang lelaki lembut ini agar kita tak mudah menghukum anak kita.

via GIPHY

Hormon

Tak ada anak lelaki yang ingin dilahirkan lemah lembut semacam.  Menurut kajian, hal ini berlaku mungkin disebabkan oleh hormon testosterone yang membawa ‘sel lelaki’ dalam badan mempunyai kromosom yang kurang stabil. Puncanya selalu sebab makan makanan yang berkolestrol tepu termasuklah makanan laut.

Kategori lelaki lembut

Pertama, yang kelakuan sahaja lembut tapi naluri masih  minat wanita.

Kedua, lembut seperti wanita dan suka kepada kaum sejenis. Ia dipanggil transeksual.

BACA: Sering Marah, Sedih Berterusan : Ibu Bapa Kena Peka Anak Mungkin Ada Gangguan Mental

via GIPHY

Apa ibu bapa kena buat?

  • Beri dorongan kepada anak-anak berjiwa lembut untuk teruskan kehidupan. Mereka mungkin tertekan sebab mempunyai personaliti berbeza. Maka jadilah pendengar yang setia untuk setiap luahan rasa anak anda.
  • Mereka mungkin selesa melakukan pekerjaan wanita seperti memasak atau menjahit. Ajarkan juga mereka dengan aktiviti yang biasa dilakukan anak lelaki seperti bertukang dan juga seni mempertahankan diri.
  • Namun jika dia memang minat bidang tertentu, jadikan ia sebagai hobi dan jangan kekang minatnya. Mana tahu dia seorang pereka fesyen terkemuka ala-ala Rizalman nanti.

via GIPHY

Hanya anda sahaja yang lebih mengenali anak-anak anda. Buruk dan baiknya, dia tetap anak anda. Bimbinglah dengan kasih sayang kerana mereka jugalah yang akan menjadi harta kita di dunia dan akhirat nanti.

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Asian Parent

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna