Perlu Ke Ambil Produk Untuk Kecutkan Rahim Lepas Bersalin?

Perasaan wanita selepas melahirkan anak adalah sesuatu yang sukar digambarkan. Selepas bertarung nyawa dengan sakitnya kontraksi, sakitnya kulit dipotong, dijahit hidup-hidup, kena pula berpantang dengan cara yang betul. Yela, pendarahan dalaman selepas bersalin bukan boleh dibuat main tau. Lebih-lebih lagi untuk anda yang baru pertama kali bersalin.

Adakah anda mengetahui apakah yang akan terjadi pada bahagian rahim selepas melahirkan zuriat?

Sumber: metrotvnews

Ini adalah turutan yang perlu anda tahu menurut seorang Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita dan Kehamilan, Dr Muhammad Izzat Abdul Razak menerusi tweetnya…

48 jam selepas bersalin

Rahim akan mengecut dengan sendirinya dan boleh dirasa jika ditekan ke dalam sedikit pada bahagian bawah aras pusat.

2 minggu selepas bersalin

Rahim tidak boleh lagi dirasa kerana rahim sudah mengecut dan mengecil yang menyebabkan rahim anda kembali kepada kedudukan asalnya iaitu di belakang tulang simphisis pubis.

6 minggu selepeas bersalin

Rahim akan kembali kepada keadaan asalnya seperti sebelum mengandung tetapi, mungkin saiznya besar sedikit dari saiz sebelum mengandung.

Nota Peringatan

Doktor Izat turut mendedahkan kepada orang ramai, sejurus sahaja selepas bersalin, berat rahim adalah lebih kurang 1 kilogram. Tetapi, selepas 6 minggu bersalin, berat rahim berkurang menjadi berat asalnya 50-150gm.

Perubahan rahim selepas bersalin ini berlaku dengan sendirinya. Sistem badan anda automatik akan lakukan dengan sendiri tanpa bantuan apa-apa ubatan dan juga produk.

Sumber: infokesihatan

Tambahnya lagi menerusi akaun twitter miliknya, tidak perlu membazir duit untuk pengambilan apa-apa produk atau ubat yang kononnya boleh kecutkan rahim selepas bersalin kerana proses ini berlaku secara semula jadi.

Untuk pengetahuan anda, badan anda sudah tahu hendak buat apa. Hebat bukan percaturan dan ciptaan Allah?

Sumber: twitter Dr Izzat

Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna