Perlu Ke Anda Risau Kalau Gigi Bayi Tak Juga Tumbuh?

“Eh dah ada gigi la”

Keterujaan ibu bapa apabila anak mereka tumbuh gigi memang tidak boleh dibendung. Apalagi kalau itu ialah anak pertama kita. Tapi macam mana kalau gigi anak kita tak juga tumbuh kalau nak dibandingkan dengan anak-anak kawan kita yang lain? Jadi, bila agaknya masa yang tepat untuk anak anda tumbuh gigi?

Biasanya, anak anda akan tumbuh gigi pada usia enam bulan. Namun, ada juga bayi yang tumbuh gigi lebih lambat daripada itu. Akan tetapi, kalau gigi anak anda tidak juga tumbuh walaupun dah nak dekat setahun. Perlukah anda risau?

BACA: Bayi Tak Pandai Bercakap! Ini Tanda Bayi Anda Mengalami Dehidrasi

via GIPHY

Apa nak buat?

Bertenang tuan dan puan, sama juga macam rambut. Pertumbuhan gigi juga memerlukan momentum. Jadi, anda boleh memberikan momentum tersebut jika gigi anak anda tidak juga kunjung tumbuh walaupun sudah genap beberapa bulan.

BACA: Bayi Menangis Angkara Bisikan Halus, Ini 6 Benda Anda Kena Tahu

Anda boleh memberikan biskut yang sedikit keras dan biarkan bayi anda gigit biskut berkenaan untuk merangsang pertumbuhan gigi. Ia juga bagi memberi persediaan kepada anak untuk menikmati tekstur makanan baru selepas mempunyai gigi.

via GIPHY

Selain itu, anda boleh lilitkan kain lembut di jari telunjuk dan gosokkan  di sekeliling kawasan gigi bayi anda. Lebih kurang mengurut keadaan di sekitar kawasan gigi bayi.

Lakukan ia berterusan untuk memastikan gigi bayi anda keluar paling lambat setahun ini. Jika gigi anak anda masih juga tidak keluar, anda boleh berjumpa dengan pakar untuk bertanya dengan lebih mendalam masalah anda.

via GIPHY

Apapun, jangan terlalu tertekan memikirkan mengapa bayi anda belum tumbuh gigi. Apabila giginya sudah tumbuh, anda akan tersenyum menyaksikan bagaimana anak anda sudah membesar dan menunjukkan perubahan sejak hari pertama dia dilahirkan. Indah bukan?

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Kompas

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna