Ada Batas! Ini Bahagian Anggota Anak Yang Tidak Boleh Dicium

Sejak si kecil keluar dari perut, perkara utama kita lakukan adalah mendakap dan mencium mana-mana bahagian muka mereka. Sehinggalah mereka membesar, ciuman, sentuhan dan kasih sayang dicurahkan pada anak tak pernah sikit pun terkurang. Malah lagi bertambah sayang bila melihat mereka membesar dengan sihat dan cerdik.

Bahkan dalam Islam, Rasulullah SAW sendiri mengungkapkan rasa kasih sayang baginda dengan mencium anak dan cucunya. Cuma, ada batas kerana hukum Harus bagi ibu dan bapa yang mencium mulut anak belum baligh, selagi tidak menimbulkan fitnah.

via GIPHY

Keajaiban ciuman…

Lagipun, satu kajian telah dibuat di mana pengkaji mendapati anak yang berkelakuan liar dan nakal disebabkan si kecil kurang sentuhan dan ciuman dari mak dan ayah. Jadi, mereka bertindak dengan melakukan perkara dilarang kerana inginkan perhatian dan sentuhan.

Untuk melihat lagi keajaiban sentuhan dan ciuman dengan lebih mudah, perasan tak kalau anak kita jatuh sampai benjol di kepala, secara automatik kita akan peluk, cium dan gosok-gosok bahagian benjolan tu? Serta merta anak kita pun jadi makin tenang dan berkurang sakitnya.

via GIPHY

Nak cium anak, ada kawasan yang tepat…

Itulah keajaiban sentuhan dan ciuman! Tapi kena ingat, ciuman dan sentuhan bukan boleh sebarang sentuh anggota badan anak kita walaupun setiap sentuhan kita tidak jatuh haram ke atas mereka. Perkara ini diterangkan oleh seorang Penceramah Pendidik, Dr. Taufik Razif.

Menurutnya menerusi laman akaun Facebook miliknya, terdapat 4 bahagian yang boleh ibu bapa cium anak supaya didikan dan kasih sayang diberikan pada anak sampai. Antaranya kepala, dahi, pipi dan tangan. jom lihat kenapa kawasan anggota ini memberi kesan pada si kecil.

Pantang larang!

Dr. taufik turut menyatakan kawasan larangan mencium anak iaitu bibir dan mulut. Tak dapat dinafikan memang nampak hubungan anak dan ibu lebih akrab tapi sebenarnya kawasan itu penuh dengan reseptor yang membuatkan tempat tu jadi super sensitif.

“Kelakuan ini dikhuatiri membangkitkan nafsu syahwat. Bila dah biasakan kelakuan mencium bibir anak, takut nanti nak-anak jadi keliru bila umurnya meningkat 5 hingga 6 tahun sama ada bibir kawasan sensitif atau tidak. Jadi, hentikan sekarang!”

Untuk memudahkan anda hafal bahagian mana yang sesuai untuk mencium anak dan menggosok anggota tubuh anak bila mereka berasa tidak tenteram dan mengurangkan kenakalan mereka.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat ibu dan ayah di luar sana tak kira yang baru saja menimang cahaya mata atau pun yang sudah lama bergelar ibu bapa.

Walaupun nampak remeh hanya ciuman, gosok dan sentuhan tapi penting perkara kecil inilah dapat didikan dan pembentukan akidah si manja. Jadilah ibu bapa bijak dan berilmu dalam mendidik anak.

 

 

 

 

Untuk bacaaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Lepas Habis Pantang, Cuba Panaskan Suasana Dengan Posisi Hangat Ini

Tak Perlu Tepuk-Tepuk! Tengok Kulit Tembikai Je Dah Boleh Tahu Manis Ke Tak

 

 

 

 

 

 

Sumber: facebook

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna