Perkauman & Senda Agama! Non-Muslim Hina Projek Tudung Tabung COVID-19

Di saat kebanyakan rakyat Malaysia sibuk berusaha memberi pelbagai sumbangan dan pertolongan pada barisan hadapan kerana telah mengerah tenaga untuk memutuskan rantaian wabak berjangkit, COVID-19 ini…

Ada pula yang mempertikaikan jenis sumbangan yang akan disalurkan. Isu ini timbul apabila pertubuhan  kumpulan #MedTweetMY yang terdiri daripada doktor perubatan, membentangkan kad laporan tabung COVID-19  menerusi laman media sosial.

Laporan ini bertujuan memudahkan orang ramai tahu ke mana dana yang dikutip disalurkan dan berapa peruntukkan diberikan untuk setiap projek yang dirancang.

Sumber: twitter

Non-muslim tak puas hati…

Sayangnya lain pula terjadi apabila di Facebook ada beberapa individu yang bukan beragama Islam mengutarakan pendapat tidak puas hati mereka tentang Projek Tudung yang dikhaskan sebanyak 8000 helai tudung iaitu bersamaan dengan RM280,000.

Lebih teruk lagi apabila komen yang diberikan berunsurkan menghina agama Islam dan bersifat perkauman. Antara komen mereka berbunyi, “Projek Tudung ni apa? Penting sangat ke dari sumbangan makanan?” dan “Biar betul, Projek Tudung antara sumbangan yang paling tinggi?”

Sumber: twitter

#MedTweetMY tidak berdiam diri…

Perkara ini telah sampai ke pengetahuan pihak perubatan yang mengelola pertubuhan #MedTweetMy. Tidak berdiam diri, salah seorang doktor perubatan, Dr. Khairul Hafidz dan rakan seperjuangannya telah tampil membuat laporan tentang isu pertuduhan melulu dari individu tersebut.

Sila tampil minta maaf..

Menerusi laman twitter Dr. Khairul, beliau turut meminta individu terbabit tampil memohon maaf secara terbuka sehingga malam semalam supaya isu ini dapat diselesaikan dengan cara baik.

Malah, beliau turut menerangkan mengapa jumlah dana Projek Tudung ini boleh tinggi berbanding dana yang lain.

Waktu genting begini, lebih baik berdiam diri jika tidak menyumbangkan apa-apa. Duduk rumah diam-diam dan jaga kebersihan. Harap selepas isu ini selesai, tiada lagi isu perkauman atau mempersendakan agama.

Hormatilah agama dan budaya sesama kita. Come on rakyat Malaysia! We can handle this together.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Tengah Sibuk Dengan COVID-19, 200 Pelarian Rohingya Pula Ceroboh Masuk Malaysia

‘Weekend Getaway’, Jom Berpanasan Dengan Pasangan Untuk ‘Hangatkan’ Hubungan

 

 

 

 

Sumber: twitter

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna