Malam Ini Sudah Tidak Sama. Wajarkah Beri Kebenaran Anak Untuk Sambut Tahun Baru?

Tarikh 31 Disember setiap tahun merupakan waktu yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakkan kita bagi menyambut kedatangan tahun baru. Ada yang sudah gigih merancang aktiviti yang ingin dilakukan, namun ada juga yang hanya ingin menyambutnya dengan berehat di rumah.

Teringat Donna, masa muda-mudi dulu masing-masing sibuk berjanji dengan rakan untuk ke dataran kerana ingin merasai keseronokkan sambutannya. Malam itulah masanya untuk berhibur dengan konsert artis-artis pujaan dan paling epik adalah kiraan 3, 2, 1 diakhiri dengan percikkan bunga api yang sungguh meriah.

Malam dahulu tidak sama seperti malam sekarang

Satu persoalan yang ingin Donna tanyakan kepada anda semua yang mungkin sudah pun bergelar  ibu dan mempunyai anak perempuan yang sedang meningkat dewasa. Sanggupkah anda memberi kebenaran kepada anak perempuan anda untuk keluar bersuka ria menyambut sambutan malam Tahun Baru?

Kenapa soalan ini ditanyakan? Ianya jelas kerana malam tahun baru dahulu, tidak sama seperti malam tahun baru sekarang. Perbezaan jelas dapat dilihat apabila budaya hedonisme semakin menjadi-jadi. Ini berikutan kadar peningkatan jenayah dalam kalangan pelajar semakin meningkat tahun demi tahun. Lihatlah betapa banyak kes maksiat berleluasa pada malam tahun  baru. Pengaruh rakan sebaya yang menjadi antara faktor utama mereka terjerumus ke dalam kancah kegelapan. Tidakkah anda risau tentang keselamatan anak dara anda ketika berada di luar?

Sumber: boston.com

 

Di kesempatan ini, Donna menemubual dua orang ibu yang mempunyai anak berada dalam lingkungan 18 hingga 25 tahun dan bertanyakan soalan yang sama kepada mereka.

Teh Azria

Puan Teh Azria atau nama sebenar Nor Azhariyah Mohd Noor yang berusia 48 tahun mempunyai dua orang puteri. Apabila ditanya tentang isu ini, dia mengatakan dia tidak kisah jika anaknya mahu keluar untuk sambutan apa-apa perayaan kerana dia sudah mengenali hampir kesemua rakan anaknya. Malah, dia faham kerana dia dulu pernah melalui zaman remaja, di mana zaman ingin berseronok.

Cuma, dia sering ingatkan kepada anak-anaknya agar tidak terjerumus ke tempat yang tak baik. Misalnya ke kelab malam, dapat berfikir mana yang baik, mana yang tidak dan pandai memilih kawan yang betul untuk berseronok. Apa pun, puan Teh Azria tetap mengambil tahu dengan siapa anaknya keluar kerana itu adalah perkara paling penting untuk seorang ibu ambil tahu.

 

Noordza

Puan Noordza atau nama sebenar Noor Dzaripah berusia 52 tahun mempunyai dua anak perempuan dan dua anak lelaki. Apabila ditanya tentang isu yang Donna ketengahkan ini, Puan Noordza mengatakan dia amat risau tentang keselamatan anaknya, terutamanya anak perempuanya yang kini sudah berusia 24 tahun.

Walaupun mereka merasakan diri mereka sudah cukup dewasa dan matang untuk menjaga diri mereka sendiri, saya tetap memantau pergerakkan mereka. Iyalah, kita ni dah makan asam garam lebih dari mereka, kita tahu bahayanya di luar sana lebih-lebih lagi zaman yang semakin maju ni. Macam-macam hal yang boleh terjadi jika kita leka.

Kadang tu, saya dah susun ayat nasihat siap-siap sebelum dia ingin meminta izin keluar rumah bersama rakan-rakan untuk menyambut sesuatu perayaan. Kita sebagai ibu, dapat baca dah anak kita ni bila dia nak keluar, bila dia tak nak keluar.

Saya sebagai seorang ibu yang pernah menghadapi zaman remaja faham nak berseronok dengan kawan-kawan tapi kena berpada-pada. Jangan seronok sangat sampai lupa jaga diri. Bila Donna tanya, apakah nasihat yang sering dipesan kepada anak-anaknya bila keluar malam adalah…

  1. Jaga barang berharga
  2. Jangan berjalan seorang diri
  3. Jangan malukan maruah umi
  4. Jaga diri! Jaga diri! Jaga diri!
  5. Beritahu sudah sampai ke belum ke tempat yang nak dituju.

Itulah antara nasihat seorang ibu kepada anak mereka bila keluar malam ketika keluar menyambut sesuatu perayaan. Malam ni sambutan perayaan malam menjelang tahun 2019, mesti ramai anak muda yang ambil cuti untuk keluar berseronok dengan kawan dan pasangan.

Ingat seronok tu seronok juga. Tapi keselamatan dan maruah diri wajib dijaga okay! Selamat Tahun Baru!

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna