Perkara Wajib Yang Perlu Dilakukan Semasa Berpantang

Wanita zaman moden ini tidak kira yang bekerjaya atau pun tidak, mereka semakin lupa dengan proses berpantang selepas kehamilan. Ini kerana, mereka merasakan berpantang sangat leceh dan amat membosankan rutin hariannya.

Walhal, aspek penjagaan diri bagi ibu-ibu yang baru saja bersalin, perlu dititik beratkan supaya tidak memudaratkan  diri di kemudian hari. Yela, nak guna badan ni bukan setahun dua je tau, nak guna badan ni dalam tempoh yang lama.

Sumber: inspire rich

Oleh itu, Donna akan kongsikan kepada anda perkara yang perlu dilakukan semasa berpantang di mana ramai wanita pada zaman ini sudah mula lupa untuk lakukannya. Antaranya adalah…

44 hari atau 100 hari

Ya, angka yang sangat besar! Inilah yang membuatkan wanita zaman sekarang sukar untuk melaksanakan syarat berpantang yang satu ini. Lebih-lebih lagi wanita yang bekerjaya, asal rasa dah okay je, terus bergerak pergi kerja, alahai! Cubalah bagi badan tu rehat selepas 9 bulan berpenat!

Sumber: pantangplus

Pemakanan

Anda perlu ingat, bukan enjin kenderaan je kena servis setiap tahun selepas kita gunakannya. Badan kita juga perlukan servis selepas mengendong kandungan selama 9 bulan dan menggunakan tenaga yang banyak ketika melahirkan si manja. Sebaiknya, jagalah pemakanan untuk proses baik pulih luka dalaman.

Sumber: menupantang

Cuba bertahan selama 44 hari atau 100 hari. Selepas tempoh berpantang, ha makanlah apa pun sampai meletup perut tu, ahaks!  Anda boleh baca artikel penuh tentang antara menu ketika berpantang di sini.

Bertangas

Perkara paling penting sekali ketika berpantang adalah bertangas tapi tak ramai wanita yang berpantang rajin lakukannya sendiri. Mana tidaknya, remeh! Nak sediakan itu, nak sediakan ini.

Sumber: abangbrian

Jadi, Donna ada satu cara yang boleh memudahkan wanita berpantang di luar sana iaitu dengan mengambil pakej promosi bertangas di Superdeals! Klik je kat sini dan teruskan untuk pembelian anda.

 

Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna