Perkara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Menderma Darah

Menurut Pengarah Pusat Darah Negara, Dr. Noryati Abu Amin, dalam sehari hospital memerlukan lebih kurang 2,000 beg darah untuk keperluan pesakit di seluruh Malaysia! Banyak kan? Cukup ke stok darah untuk pesakit? Jangan risau, Pusat Darah Negara (PDN) merekodkan sebanyak 180,651 penderma darah pada tahun 2018 berbanding 180,052 penderma pada 2016. Namun, penderma darah masih diperlukan dari masa ke masa.

Tambahan pula Dr. Noryati turut berkata, seramai 82,619 adalah penderma baharu pada tahun 2018 berbanding 76,213 penderma baharu tahun 2017. Ini menunjukkan peningkatan positif bagi memenuhi keperluan pesakit di seluruh hospital di bawah Kementerian Kesihatan di seluruh negara. Bagus rakyat Malaysia ni, sangat murah hati.

Sumber: SAYS

Namun, pernah tak anda terfikir prosedur sebelum menderma darah? Haa, mesti ada yang tak pernah terfikir pun sebelum menderma darah kena ada prosedur. Tak apa, Donna akan terangkan secara ringkas kepada anda yang tidak pernah menderma darah tetapi ada niat untuk menderma. Antaranya…

Berat dan tinggi

Sumber: internet

Kenal pasti terlebih dahulu berapa berat badan anda kerana, menurut laman sesawang rasmi PDN Malaysia, individu yang mempunyai berat badan 45 kilogram sahaja yang boleh dibenarkan menderma darah dan berumur 17 tahun hingga 65 tahun saja.

Penyakit

Seterusnya, selain daripada menyemak suhu badan dan tekanan darah sama ada anda layak menderma atau tidak, anda perlu mengetahui sama ada anda tidak mempunyai;

  1. Jangkitan HIV/AIDs
  2. Penyakit e-Bola
  3. Jika mempunyai tatu, tunggu selama 12 bulan untuk mengelakkan penyakit hepatitis.

Hubungan intim

Salah satu sebab Islam meletakkan syarat manusia hanya boleh melakukan seks dengan pasangan yang halal adalah kerana penyakit dan kebersihan. Jadi, jika anda pernah melakukan hubungan yang disenaraikan di bawah, anda tidak boleh sama sekali menderma darah.
Sumber: NY Press
  1. Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual)
  2. Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
  3. Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial
  4. Bertukar-tukar pasangan seks
  5. Mengambil dadah secara suntikan
  6. Menjadi pasangan hubungan jenis kepada golongan di atas

Wanita

Disebabkan pembaca-pembaca Donna semuanya wanita, Donna akan tekankan syarat utama kepada wanita. Antaranya…

  1. Tidak mengandung
  2. Tidak datang haid
  3. Tidak menyusukan anak.

Bercuti ke luar negara

Semak semula sama ada anda pernah tinggal di kawasan Europe dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 5 tahun (terkumpul) atau lebih atau tidak? Jika ya, anda tidak boleh menderma.

Republik Ireland dan United Kindom di sekitar tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan (terkumpul) atau lebih, anda tidak boleh menderma. Lihat senarai di bawah negara UK di bawah.

  1. England
  2. Northern
  3. Ireland
  4. Scotlaand
  5. Wales
  6. Isle of Man
  7. Channel Island

Tara! Jika anda cukup syarat seperti di atas, anda boleh menderma darah!

 

 

 

Sumber: PDN

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna