Perkara Yang Membuatkan Senaman Anda Tidak Berjaya

Aku ni bersenam je tiap minggu tapi badan tak bermaya jugak kenapa?”

Jika anda melakukan senaman selepas mengamalkan pemakanan sihat untuk mengurangkan berat anda, ya! Anda telah berjaya mengikuti langkah yang betul.

Namun, ada segelintir yang hasilnya tidak kelihatan dan menjadi tanda tanya apakah tanda yang membuatkan senaman mereka tidak berjaya.

Jangan risau, Donna kan ada! Donna akan dedahkan kepada anda semua perkara yang membuatkan senaman anda tidak berjaya. Antaranya adalah…

Senaman berlebihan

Walau pun anda sudah melakukan senaman tetapi berat badan anda tetap bertambah, anda patut mengubah cara senaman anda atau cara pemakanan seharian anda.

Sumber: pexels

Perkara ini terjadi apabila anda terlalu kuat bersenam sehingga melebihi had sepatutnya yang menyebabkan, selepas melakukan senaman, anda makan makanan yang tidak sepatutnya untuk menambah semula tenaga anda.

Sebolehnya, elakkan senaman yang berlebihan dan ikut gaya pemakanan yang sebetulnya. Jika boleh, dapatkan nasihat pakar bina badan untuk anda mengetahui cara dan langkah yang sebetulnya.

Anda terlalu memilih untuk melakukan senaman

Jika kita lihat orang lain melakukan senaman, memang kelihatan mudah tapi, bila anda lakukannya, ia sangat sukar sehingga anda mengambil keputusan untuk tidak melakukannya dan melakukan senaman yang mudah.

via GIPHY

Untuk pengetahuan anda, senaman yang mudah selalunya tidak memberi impak yang besar untuk menurunkan berat badan. Ingatlah, jika ingin memiliki bentuk badan yang cantik, kenalah bersusah-susah dahulu!

Tidur tidak mencukupi

Tidur dan senaman perlukan keseimbangan kerana kedua-dua perkara ini adalah perkara yang paling utama untuk mendapatkan gaya hidup yang sihat. Jika tidak, badan anda akan lesu.

Sumber: TLC

Menurut kajian dari Universiti Northwestern, seeloknya dapatkan tidur pada waktu malam secukupnya untuk anda bersenam keesokkan hari. Jika tidak mendapat tidur yang secukupnya, ia akan menyebabkan motivasi untuk bersenam akan berkurang.

Oleh itu, lakukan 20 hingga 30 minit awal sebelum masuk tidur daripada anda menggadaikan waktu tidur anda pada sebelah pagi. Tapi, jika anda sudah terbiasa melakukan senaman pada awal pagi, teruskan. Kalau badan lesu, mungkin anda boleh tukar corak rutin harian anda.

Itulah antara perkara yang membuatkan proses penurunan berat badan anda gagal. Ubah dari sekarang! Selamat mencuba, ihiks!

 

 

Sumber: livestrong

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna