Perkara Salah Yang Anda Sering Lakukan Selepas Bersenam

Cuba ingat semula lepas je anda bersenam, apa yang anda lakukan? Eh, ke tak pernah bersenam? Hm, mana boleh macam tu. Sekali sekala kena juga bersenam tapi bila dah bersenam tu bukan saja kita nak bakar kalori, toksin atau lemak dalam badan tapi nak juga kekal sihat dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

Malangnya tak ramai yang betul-betul mengekalkan stamina dan kesihatan tubuh selepas bersenam. Kenapa? Jom lihat senarai di bawah.

via GIPHY

Berhenti minum air masak

Secara amnya, ketika atau usai melakukan senaman mesti anda akan meneguk kuantiti air masak atau air isotonik yang banyak kan? Ya, memang bagus tapi ia akan bertukar tak bagus bila selepas saja melakukan senaman, anda berhenti pengambilan air masak dan mengambil air manis yang berlebihan.

via GIPHY

Menurut pemilik website The White Coat Trainer, Alex Robles dalam sehari tu cuba minum air masak sehingga air kencing anda bertukar menjadi warna putih bukan kekuningan. Kalau warna jernih, bermaksud badan kita cukup air. Badan yang dehidrasi akan menyebabkan tubuh badan kembali menjadi tidak segar.

Baju senaman

Satu pencapaian yang bagus kalau kita bersenam dan tubuh badan kita mengeluarkan peluh yang banyak. Maknanya jumlah toksin yang keluar dan kalori yang terbakar pun banyak tapi menjadi satu kesalahan kalau anda membiarkan baju sukan yang berpeluh dipakai dalam tempoh yang lama.

Sekurang-kurangnya, biarkan dalam 15 minit untuk merehatkan badan dan juga keringkan peluh kemudian terus mandi untuk mengelakkan kuman atau fungus melekat pada permukaan kulit. Bersenam pun, kebersihan kena jaga.

via GIPHY

Vitamin dan supplements

Bila umur semakin meningkat ni antibodi tubuh badan dah tak macam dulu. Jadi, melakukan senaman ringan adalah menjadi keutamaan kebanyakan individu tapi pengambilan vitamin atau suplemen juga diperlukan untuk membantu tubuh badan kekal sihat.

Pastikan dapat nasihat doktor atau pakai terlebih dahulu sebelum untuk menelan apa-apa pil suplemen atau vitamin. Takut nanti memudaratkan buah pinggang pula sebab dos yang diambil terlalu tinggi atau tidak sesuai.

via GIPHY

Tidak melakukan renganggan

Jadikan satu rutin wajib membuat renganggan selepas bangun dari tidur. Cukup buat renganggan ringkas dan ringan untuk badan rasa bersedia untuk melakukan rutin harian. Bayangkan kalau bangun-bangun terus paksa otot tubuh melakukan kerja, itu yag cepat berasa penat.

via GIPHY

Ingat! Tak semestinya ya melakukan senaman je dah dikira sihat. Salah teknik senaman atau meneruskan gaya hidup yang tidak sihat.

 

 

 

Untuk bacaan yang lebih menarik, klik saja artikel berikut:

Diet Atau Senaman, Mana Lagi Berkesan Untuk Turunkan Berat Badan?,

Senaman Yoga Bukan Untuk Orang Dewasa Je, Kanak-Kanak Pun Ada

 

 

 

 

 

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna