Peristiwa Menyayat Hati, Ini Punca Kebakaran Yang Berlaku Di Australia

Musnah segalanya apabila Australia melalui peristiwa kebakaran yang dahsyat sehingga terus membakar hampir sebahagian besar dari hutan di negara tersebut. Sayu melihat apabila kehidupan haiwan di sana binasa dan cedera teruk akibat insiden tersebut berlaku sama ada sengaja mahu pun tidak sengaja.

Secara dasarnya ramai yang tahu apabila cuaca panas, kering dan berangin meningkatkan risiko untuk berlaku kebakaran tetapi untuk pengetahuan anda nyalaan api marak adalah merupakan satu kisah yang berbeza. Berdasarkan pemerhatian Australian Criminolgy Institute menyatakan sebahagian besar daripada peristiwa itu berlaku adalah disebabkan perbuatan manusia sama ada secara sedar atau pun tidak.

Ini mungkin menjadi punca kebakaran yang berlaku di Australia :

kebakaran memusnahkan di australia

Sumber: iluminasi

Rokok

Benar rokok bukanlah sumber utama yang boleh menyebabkan kebakaran tersebut tetapi terdapat beberapa situasi yang boleh mendorong untuk terjadinya tragedi tersebut. Untuk nyalakan api, suhu perlu berada di atas 27 darjah celcius dan kelembapan pada tahap 22 peratus.

Pensyarah daripada Universiti Charles Sturt membuat satu kenyataan bahawa kebakaran yang berlaku di pinggir jalan lebih cenderung kepada ekzoz kereta berbanding puntung rokok. Namun dua remaja tempatan telah dipersoalkan tentang kebakaran yang memusnahkan Binna Burra Lodge dan rokok yang dibuang mungkin adalah punca.

gambar sekitar kebakaran hutan di australia 6

Image result for australia"

Pembakaran Serpihan Objek

Objek seperti daun atau kayu yang dibakar adalam sumber bagi penyalaan api yang agak biasa. Pada tahun 2017, seorang lelaki telah dituduh mengabaikan larangan api dan membakar harta orang lain selepas berlaku kebakaran di New South Wales.

unggun api punca kebakaran hutan

Unggun Api

Untuk pengetahuan anda, unggun api yang tidak dipadamkan dengan betul adalah bahaya yang menyebabkan hutan mudah terbakar. Kebanyakan manusia masih lagi tidak sedar dengan meninggalkan unggun api dalam keadaan masih menyala boleh menyebabkan kemusnahan paling dahsyat berlaku.

Image result for kilat terbakar"

Kilat

Bagi di kawasan terpencil kilat mempunyai keupayaan untuk menyalakan api tetapi risiko tersebut rendah dan mengikut keadaan pada masa itu. Kilat yang bercaj positif lebih cenderung untuk menyebabkan kebakaran seperti pada tahun 2015 yang membunuh empat orang di Queensland akibat daripada panahan kilat yang berlaku.

Donna harapkan agar masyarakat di luar sana mengambil iktibar daripada peristiwa ini untuk lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara demi negara tercinta. Moga kebakaran tersebut dapat dipadamkan sepenuhnya dalam masa terdekat ini.

 

 

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Hilang Nafsu Makan! Wanita Kurus Perlu Berhenti Amalkan Minum Chia Seed

Isteri Malu Nak Cakap? Tapi Mungkin Ini Posisi ;Favourite Wanita Yang Suami Patut Tahu

 

 

 

 

Sumber: iluminasi

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna